Kacang kuda rebus begitu saja pun dah sedap inikan pula kalau dibuat sira pedas begini. Kalau dah hidang memang akan ralit makan sebab itu jika nak buat elok dalam jumlah yang banyak. Cara membuat pun tak susah, ringkas saja.
Cara buat kacang kuda pedas
Bahan-bahan
1 kg kacang kuda -direndam sampai kembang
1 mangkuk cili kering siap -kisar
2 labu bawang besar -kisar
Daun kari
Minyak
Gula
Garam
2 sudu makan cuka
Cara membuat
1. Rebus kacang kuda letakkan sesudu garam sampai empuk dan tos. Jika nak cepat empuk rendam dulu kacang kuda semalaman, paginya cuci bersih dan tos. Selepas itu bolehlah direbus hingga empuk.
Ads
2. Tumis daun kari, cili dan bawang kisar
3. Masukkan gula, garam, cuka dan tumis sampai garing.
4. Masukkan kacang kuda gaul sebati. Kacang gula ini akan keluarkan air jadi goreng lagi sampai kering air. Sentiasa gaul perlahan supaya tak berkerak.
Ads
5. Perasakan sekali lagi, jika suka manis lebihkan gula.
INFO
1kg kacang mentah bila dah siap masak akan menghasilkan lebih kurang 2kg kacang sira.
Ads
Tujuan masuk cuka untuk kacang lebih tahan lama dan seimbangkan rasa.
Karela Fry atau mudah dipanggil peria goreng adalah salah satu makanan sampingan yang popular di restoran mamak. Untunglah kalau time pergi tu peria baru digoreng panas-panas lagi.. kalau silap time dapatlah yang dah lemau sikit. Peria goreng ini sedap dimakan bersama dengan nasi panas bersama kuah kari campur. Ia cukup popular di seluruh India utara, di India selatan ia dikenali sebagai kakarakaya goreng.
Peria sangat bagus dalam membantu menjaga kulit kita agar kelihatan segar dan bersinar jika dimakan dengan kerap, ia juga menjadikan sistem imunisasi tubuh lebih kuat disamping membantu orang yang mengalami sembelit dan banyak lagi.
Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.
Cara menghilangkan rasa pahit peria:
GARAM
Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.
GULA PASIR
Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu.
DAUN JAMBU BIJI
Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.
Resepi Peria Goreng
Bahan:
3 buah peria dikupas dan dipotong menjadi bentuk cincin
garam – secukup rasa
½ sudu serbuk kunyit
2 sudu besar minyak
¾ sdt Serbuk cili merah
¾ tsp daun ketumbar panggang
daun ketumbar dicincang untuk hiasan.
Cara-cara:
Potong peria dalam bentuk bulat (terpulang)
Tambahkan sedikit garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk dan gaulkan.
Masukkan minyak dalam kuali yang panas.
Masukkan peria dan tumis selama lima minit.
Kacau dan tumis sehingga warna coklat diperolehi.
Masukkan serbuk cili merah dan serbuk biji ketumbar panggang.
Kacang tanah adalah bahan makanan yang tidak asing lagi dalam masakan kita. Paling mudah kacang dijadikan makanan kudapan atau snek ringan yang mampu memberi tenaga. Kacang tanah mengandungi protien yang tinggi, zat besi, vitakin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
KEBAIKAN KACANG TANAH:
Mencegah sakit jantung
Meningkatkan antibodi
Kaya dengan omega 3
Mencegah hipertensi
Merawat insomnia
Meredakan senggugut
Merawatkan keputihan
Melawan bakteria
Melembabkan kulit wajah
MENTEGA KACANG HOMEMADE
200gm kacang tanah-disangai tanpa minyak dan dibuang kulit.
3 sudu makan minyak
½ sudu makan mentega
3 sudu makan gula-ikut citarasa
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan menggunakan blender kering sehingga hancur halus berkilat.