Makan

Cara Buat Kacang Kuda Sira Pedas Yang Sedap, Ralit Makan

Share

Kacang kuda rebus begitu saja pun dah sedap inikan pula kalau dibuat sira pedas begini. Kalau dah hidang memang akan ralit makan sebab itu jika nak buat elok dalam jumlah yang banyak. Cara membuat pun tak susah, ringkas saja.

Cara buat kacang kuda pedas

Bahan-bahan

1 kg kacang kuda -direndam sampai kembang
1 mangkuk cili kering siap -kisar
2 labu bawang besar -kisar
Daun kari
Minyak
Gula
Garam
2 sudu makan cuka

Cara membuat

1. Rebus kacang kuda letakkan sesudu garam sampai empuk dan tos. Jika nak cepat empuk rendam dulu kacang kuda semalaman, paginya cuci bersih dan tos. Selepas itu bolehlah direbus hingga empuk.

2. Tumis daun kari, cili dan bawang kisar

3. Masukkan gula, garam, cuka dan tumis sampai garing.

4. Masukkan kacang kuda gaul sebati. Kacang gula ini akan keluarkan air jadi goreng lagi sampai kering air. Sentiasa gaul perlahan supaya tak berkerak.

5. Perasakan sekali lagi, jika suka manis lebihkan gula.

INFO
1kg kacang mentah bila dah siap masak akan menghasilkan lebih kurang 2kg kacang sira.

Tujuan masuk cuka untuk kacang lebih tahan lama dan seimbangkan rasa.

Resipi: Shiela Ismail

 

Published by
Rose