Kita akan selalu guna santan kalau nak masak kari. Tetapi, untuk resipi kari daging yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini memang istimewa kerana tidak menggunakan santan. Yang penting, kuah tetap pekat dan sedap. Boleh dimakan bersama nasi atau pun roti.
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.
2. Kemudian, masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
IKLAN
3. Masukkan air asam jawa. Jika tiada asam jawa, boleh guna yogurt.
4. Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya adalah 1 paket rempah kari daging, 3 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.
5. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
IKLAN
6. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
7. Bila jus daging dah keluar, masukkan semangkuk kecil air. Pastikan api masih di suhu paling kecil.
8. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Bagi anda yang pernah ke Thailand dan menikmati aneka sajian makanan laut serta kerang-kerangan, pasti pernah rasa keenakan sos pencicah yang disediakan. Pedas, masam, manis memang cukup rasa.
Malah, sos ini juga sesuai untuk dijadikan pencicah bagi ikan kukus, daging bakar atau rebus, kuah kerabu perut, Popia Vietnam dan sebagainya. Memang membuka selera!
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah dan hijau cincang – jumlah ikut tahap kepedasan yang diingini.
3 bji bawang merah – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 batang serai – cincang
1 sudu teh cili flakes
2 bji limau nipis -perah air
2 biji limau kasturi perah air
4 sudu makan sos ikan/kicap sotong
1 tangkai daun ketumbar – cincang
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula pasir
Garam secubit/sesedap rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Sajian Baked Cheesy Makaroni ni memang sesuai dijadikan sajian keluarga. Jika dibeli, harga boleh tahan mahal. Makan pun rasa tak puas. Jadi bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Sedap dan lebih jimat. Jom cuba resipi perkongsian saudara Azlan Lan Hitam ni. Anda pasti suka bila tengok hasilnya.
CARA MASAK BAKED CHEESY MAKARONI
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus makaroni – rebus hingga lembut
1 botol sos tomato spageti.
150gm daging cincang
Cendawan butang
1 bji bawang besar – dicincang
3 biji dadu bawang putih
2 sudu cili sos
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula pasir
Keju Mozarella secukupnya
Keju cheddar secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak masak. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging dan biarkan hingga air daging betul-betul kering.
3. Masukkan sos tomato spageti dan sos cili. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa.
4. Masukkan makaroni dan gaul rata. Padamkan api bila sudah sebati.
5. Seterusnya masukkan makaroni yang digoreng tadi ke dalam bekas tahan panas. Boleh juga guna loyang. Isi separuh bekas.
6. Paipkan sedikit mayones di permukaan makaroni tadi dan tuang makaroni hingga memenuhi bekas.
7. Taburkan keju mozarella dan kepingan keju cheddar yang dipotong 4 bahagian. Boleh tambah jika mahu lebih rasa keju.
8. Taburkan sedikit oregano dan bakar makaroni pada suhu 180C selama 15 minit menggunakan api atas bawah.
Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dalam peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi 5 aneka sajian dari sotong untuk dicuba.
Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Boleh lah cuba resipi nih…
1. SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
10.air putih.80 gram
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali. 2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air . 3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api 4. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian China Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2. SOTONG GORENG BEREMPAH KARI
BAHAN-BAHANNYA :
3 ekor sotong bersaiz besar
3/4 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar |- di hiris bulat (kalau guna bawang holland lagi sedap)
2 biji cili masak – dihiris kasar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat 2. Gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit. 3. Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan sotong yang telah diperap gaul . 4. Biarkan sebati dan apabila hampir masak masukkan bawang besar dan cili masak. 5. Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap . 6. Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 5 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis masakan : Makanan laut Keistimewaan : Manis dengan rasa rempah kari yang lazat Kos masakan : RM 15
3. KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2. Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
4. SOTONG MASAK HITAM BLC
Bahan-bahan :
6- 7 ekor sotong saiz sederhana
3 ulas bawang putih /ditumbuk
1/2 inci halia /ditumbuk kasar
1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar /dihiris bulat
2 – 3 batang cili hidup/ padi
1 batang serai /diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak : 1. Potong sotong bulat-bulat dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG. 2. Kemudian tos dan ketepikan. 3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *. 4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap. 5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air. 6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Sajian Johor Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap . Anggaran kos : RM15
INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.
5. SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN :
10 ekor sotong
2 sm lengkuas/ dihiris
2 keping asam keping
1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
3 ulas bawang putih/ dihiriskan
4 batang bendi/ dipotong dua
3 biji cili padi
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi. 2. Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih. 3. Masukkan bendi, cili padi dan sotong. 4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. 5. Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan
INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan :Sajian yang sungguh menyegarkan, ringan dan tidak berminyak dan tiada santan atau rempah. Anggaran kos : RM 25