Cara Buat Kari Tulang Bersama Rebung, Tak Rugi Cuba.

Share

Siapa suka kari tulang bersama rebung, memang terbaiklah. Kena pulak rebung madu yang segar, terasa-rasa tekstur yang rangup memang sedaplah bila digabungkan dalam menu kari. Korang mesti cuba menu ni kerana ia sangat sedap, tak menyesal kalau korang cuba, silap-silap boleh jadikan menu kenduri ni.


.

KARI TULANG BERSAMA REBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
  • 150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
  • 500ml air rebusan tulang
  • 250ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan sebuk cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 6 ulas buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkeh

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulsa bawang putih
  • 4cm halia muda
  • 3 cm lengkuas

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.

  1. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
  2. Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
  3. Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
  5. Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
  6. Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
  7. Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
  8. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
  9. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin