Bagi penggemar karipap, resipi karipap gergasi perkongsian saudari Liyana Ahmat ni pastinya wajib dicuba. Nampak sedap malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang banyak. Jadi bolehlah cuba buat untuk anak-anak di musim cuti sekolah ni. Pasti laris.
RESIPI KARIPAP GERGASI INTI TELUR
BAHAN DOH:
1kg tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
½ cawan minyak masak
3 sudu makan marjerin
Sedikit air – bancuh dengan garam secukupnya
BAHAN INTI:
Telur
Bawang secukupnya
Daun sup secukupnya
Lada sulah berperisa secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras. Gaul.
Ads
2. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian tuang ke dalam bekas tepung tadi. Uli dan masukkan air bergaram sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Perap doh selama 1 jam.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Leperkan doh dan letak dalam pinggan supaya telur tidak melimpah.
4. Pecahkan telur dan tabur bawang, daun sup serta lada sulah berperisa jika suka.
Ads
5. Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
6. Goreng dalam minyak panas Biar dalam 5 saat dan terbalikkan supaya bentuk karipap menjadi cantik dan tidak bengkok.
Ads
7. Masak guna api perlahan sehingga masak. Tanda inti karipap dah masak ialah apabila ia menjadi ringan. Angkat dan enak dinikmati bersama sos.
8. Jika nak buat karipap yang kembung, pukul telur, bawang, cili dan daun sup seperti membuat telur dadar sebelum dimasukkan ke dalam doh. Hasilnya karipap akan jadi kembung.
Kuih Tepung Boko Ubi Kayuini antara yang kuih tradisional popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamngnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Bila dapat makan kuih yang memenuhi cita rasa seperti pulut sekaya bakar ni memang puas terasa. Lemak manis tak terkata. Kalau beli belum tentu dapat nikmati yang betul-betul sedap. Buat yang teringin nak buat sendiri, boleh lah mencuba resipi yang dikongsi ini.
1.beras pulut rendam 2-3jam
2.kukus beras pulut bersama santan sampai pulut masak
3.boleh panaskan oven dlu sementara pulut nak masak
4.bila pulut dah masak pindahkan masuk dlm loyang yg nak guna untuk bakar.. Kukus siap2 dlm loyang yg nak bakar pun xpa, sy kukus dlm bekas lain dulu sbb sy guna tray untuk bakar, x muat dlm pengukus.. Dah masak pulut baru sy pindahkan masuk dalam tray untuk bakar.. Sy guna tray 4segi sama.. Lebih kurang 12 x 15 ukuran tray..
5.pulut yg dah siap masak tu tekan2 bagi padat, nnti skaya dia x turun masuk dlm pulut..
Adunan skaya(bahagian atas)
– 4 1/2 cawan santan pekat(blend skali dengan daun pandan untuk dapatkan santan pandan)
-6biji telur gred A
-1 1/2 cwn gula pasir(boleh ejas ikut suka nak manis lagi atau nak tawar lagi, yg ni sedang2 saja)
-1 1/2 cawan tepung gandum
-garam sikit
Cara memasak:
1.Blend semua bahan di atas**
2.siap blend, tapis dan tuang atas pulut yg dah tekan2 bagi padat tadi..
3.Masuk dlm oven, bakar 75minit
4.Suhu atas 200°c, bawah 150°c… Suhu sila ikut oven masing2,hangit makcik x tanggungjawab no
5.Siap
Alangkah enaknya menikmati minum petang bersama keluarga tercinta. Aneka hidangan yang ada dijual di pasar malam seperti putu mayam, taufu fa dan apam balik antara pilihan yang harus anda cuba. Boleh je buat sendiri. Tidak sesukar mana dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Pasti anak-anak dan suami anda teruja.
1. APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
Adunan kulit:
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbornat
1/2 sudu teh yis kering
1 biji telur
2 sudu makan gula halus
240ml air
Sedikit pewarna pilihan
Bahan Inti:
100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
50gm gula
100gm jagung dalam tin
Sapuan:
Sedikit marjerin
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk kulit apam dan kacau sebati. Perapkan adunan selama tiga hingga lima jam.
Panaskan kuali tidak melekat. Sendukkan adunan dan tuangkan di atas kuali. Ratakan agar kulit apam sama tebal.
Masak menggunakan api perlahan sehingga kulit apam masak sekata. Kemudian sapukan sedikit marjerin di atasnya.
Kemudian taburkan sedikit gula diikuti dengan kacang tanah dan juga jagung krim.
Tutup permukaan kuali selama beberapa minit sehingga kulit apam kelihatan agak perang.
Angkat dan lipat apam tadi. Sedia dihidang.
Kata chef:
Elakkan memasak menggunakan api yang besar kerana kulit apam akan hangus dan kurang enak.
2. KEK GULUNG MINI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
170gm gula halus
60ml santan kotak
6 biji telur
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
150 ml minyak jagung
Inti:
Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
Kata chef:
Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.
3. PUDING CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
240ml air
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis
6 keping biskut crackers
1/2 sudu teh esen vanila
Perwarna hijau, kuning, merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula menggunakan api sederhana sehingga larut.
Seterusnya kisar biskut, telur, susu cair dan susu pekat manis hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan esen vanila. Masak seketika.
Bahagikan adunan yang dimasak tadi dan warnakan mengikut warna pilihan.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kata chef:
Pastikan biskut dikisar dengan halus bagi mendapatkan tekstur agar-agar yang licin.
4. TAUFU FA SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 liter air soya
1 sudu makan serbuk agar-agar
180ml air
2 sudu teh esen vanila
Bahan Air Gula Melaka:
200gm gula kabung / gula melaka
100gm gula
800ml air
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
Kemudian masukkan air soya. Didihkan seketika dan pastikan adunan dikacau sentiasa.
Tuang adunan agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
Untuk air gula melaka, masak semua bahan sehingga sebati. Sejukkan.
Untuk menghidang, sudukan Taufu Fa ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula melaka dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Kata chef:
Jika mahukan tekstur taufu fa yang lebih lembut, lebihkan penggunaan air.
5. PUTU MAYAM BIHUN
BAHAN-BAHAN:
3 keping bihun yang halus
100gm kelapa parut
Gula perang secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan
Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.
Kata Chef:
Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!