Karipap antara kuih yang digemari ramai rakyat Malaysia. Kalau anda dan ahli keluarga menggemarinya, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Intan Rosmina ini. Ia mudah dan hasilnya gerenti tidak menyesal buat. Tak boleh untuk klim tepinya boleh guna acuan yang ada dijual dipasaran, kerana yang pentingnya ialah kulit karipap rangup, inti sedap.
KARIPAP
BAHAN-BAHAN:
INTI:
1 biji bawang besar | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
1 sudu makan perencah sup
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
3-4 biji keledek/4-5 biji kentang | dadu kecil
1 seduk daging kisar
Daun bawang/ sup | dihiris
4 sudu makan minyak masak
KULIT:
1/2 kg tepung gandum
2 biji telur
2 sudu makan majerin
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh garam
1 cawan air
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti: Panaskaan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan campuran rempah sup dan kari yang dibancuh dengan air (lebih kurang satu cawan), terus tumis atas api sederhana hingga pecah minyak.
- Masukkan daging kisar, kacau lagi sehingga daging bertukar warna baru masukkan kentang atau keledek yang telah didadu.
- Tambah sedikit air untuk melembutkan kentang atau keledek lembut.
- Setelah lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus kacau inti hingga garing dan masukkan daun sup atau bawang.
- Tutup api, dan gaul rata. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- Seterusnya buat pastrinya. Panaskn minyak dan majerin.
- Tuangkan ke dalam tepung gaul dengan mesra sambil gembur-gemburkan tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
- Masukkan pula telur dan gaul lagi.
- Larutkan garam dengan air dan tuangkan ke dalam tepung sedikit demi sedidkit gaul dan uli hingga jadi doh.
- Kemudian biar seketika beberapa minit.
- Kemudian canaikan doh tadi ikut saiz yang disukai, masukkan inti dan klimkan jadikan bentuk karipap.
- Panaskn minyak dengan api sederhana, apabila masukkan karipan ke dalamnya, kecilkan api dan sentiasa balik-balikkannya hingga garing.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Kredit: Intan Rosmina (MAHI)