Jika anda ada anak-anak yang berlainan selera, resipi kek 4 perisa dalam satu perkongsian saudari Suraya Harun Narasit ni boleh anda cuba. Istimewa resipi ni, hanya menggunakan satu adunan sama, anda boleh hasilkan empat jenis kek berlainan rasa. Malah tak perlu banyak kali bakar. Memang jimat masa dan kos. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA MASAK KEK YANG ADA 4 PERISA DALAM 1
BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
4 biji telur gred B
1/2 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Ads
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga semua bahan sekata.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian perasakan setiap satu bahagian dengan perisa kegemaran. ( empunya resipi guna perisa Cip coklat campur badam, kelapa pandan, pelangi dan coklat.)
Ads
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan sedikit mentega.
6. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
Ads
7. Setelah masak, sejukkan atas redai sebelum dipotong dan dinikmati.
Aduhai. Petang-petang makan manisan yang ada karamel ni memang tak terucap nikmatnya. Manis, lembut dan rasa cair di mulut.
Jom kita tengok 4 resipi yang mesti buat hati meronta nak menikmati manisan berkaramel ni.
Toffee Caramel Walnut Cheese Cake
Bahan A (base):
150 gram digestive biscuits (dihancurkan)
70 gram mentega (dicairkan)
Cara Membuat:
1)Gaul sebati bahan-bahan untuk dijadikan base.
2)Mampatkan adunan di dalam loyang. Sejukkan.
Bahan B (adunan keju):
250 gram krim keju
8 gram gula kastor
8 gram serbuk gelatin (satukan dengan 60 ml air)
100 gram krim putar (non dairy)
100 gram krim putar (UHT)
Cara Membuat:
1)Satukan air dan serbuk gelatin. Double boil sehingga larut. Biarkan suam.
2)Putar krim putar sehingga gebu dan masukkan gula.
3)Masukkan adunan gelatin dan krim putar. Gaul sebati.
Bahan C (toffee):
40 gram almond nib
60 gram gula kastor
Cara Membuat:
1)Masak gula sehingga perang dan masukkan almond nib. Gaul dan tutup api.
2)Ratakan adunan di atas loyang.
3)Apabila sudah sejuk, patah-patahkan sehingga kecil dan dicencang.
Bahan D (caramel sauce):
1 cawan krim putar (UHT)
½ cawan gula perang
1 sudu besar mentega
Cara Membuat:
Campur semua bahan di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga adunan pekat. Tutup api apabila mentega sudah cair.
Bahan Hiasan:
Walnut secukupnya (dibakar sebentar).
Cara Melapis dan Menghias:
1)Loyang dimampatkan dengan Bahan A dan sejukkan di dalam peti sejuk.
2)Tuangkan adunan Bahan B ke dalamnya.
3)Taburkan Bahan C. Ketuk loyang supaya adunan menjadi padat.
4)Bekukan selama semalaman atau selama tiga jam.
5)Keluarkan adunan dari loyang dan tuangkan Bahan D di atas kek.
6)Taburkan walnut untuk hiasan.
Tip:
Selain sos karamel, boleh guna aneka jem seperti strawberi, bluberi atau kiwi.
Puding Karamel
Bahan-Bahan:
7 biji telur ayam
½ tin susu pekat manis
½ cawan air
1 sudu besar tepung kastard
Esen vanila secukupnya
Bahan Gula Hangus:
4 sudu besar gula pasir
Cara Membuat:
1)Buat gula hangus di dalam loyang dengan api sederhana sehingga kekuningan. Ketepikan.
2)Masukkan air dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3)Masukkan susu pekat manis.
4)Masukkan telur.
5)Masukkan esen vanila. Pukul sebati.
6)Tuang adunan kastard ke dalam loyang gula hangus tadi. Kukus sehingga masak. Terbalikkan dan sejukkan.
Kek Puding Karamel
Bahan Gula Hangus:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air
Bahan Puding:
1 cawan susu cair
60 gram gula kastor
½ cawan teh esen vanila
3 biji kuning telur
Bahan Kek A:
140 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak)
60 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
50 ml minyak jagung
Bahan Kek B:
6 biji putih telur
60 gram gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
Cara Membuat:
1)Buat gula hangus dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
2)Didihkan semua bahan di dalam periuk dan tuang ke atas karamel di dalam loyang tadi.
3)Pukul Bahan A sehingga kembang dan baru masukkan tepung. Kacau sebati dan tidak bergentel.
4)Pukul Bahan B sehingga kembang.
5)Satukan adunan A dan B.
6)Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
7)Sendukkan adunan ke dalam loyang yang telah diisi puding perlahan-lahan secara berselang seli.
8)Bakar menggunakan kaedah bain marie selama 45 minit menggunakan api bawah dan 15 minit yang seterusnya menggunakan api atas dan bawah pada suhu 160°C.
9)Kek akan mengecut. Terbalikkan.
10)Sedia untuk dihidangkan.
Kek Karamel Wonderful
Bahan-Bahan:
360 gram tepung gandum
360 gram gula perang
250 gram mentega
250 ml susu segar
4 biji telur ayam
4 sudu besar serbuk penaik
2 sudu besar esen vanila
½ camca teh garam
Bahan Keju Krim Karamel:
125 ml sos karamel
250 gram krim keju
100 gram mentega
60 gram gula aising
1 sudu besar esen vanila
Cara Membuat:
1)Gris loyang dan lapikkan kertas minyak di dalamnya. Ketepikan.
2)Satukan tepung, gula perang, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk adunan. Pukul seminit.
3)Pukul mentega dan telur sehingga sebati. Masukkan susu segar dan esen vanila. Masukkan bahan kering dan pukul rata.
4)Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 175°C. Sejukkan di atas redai. Potong kek kepada dua bahagian.
5)Pukul mentega dan krim keju sehingga sebati. Masukkan gula aising dan esen vanila. Sebatikan.
6)Masukkan sos karamel dan kaup balikkan.
7)Hiaskan pada kek.
Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
Bahan-bahan:
Dua oreo panjang
Sekotak susu coklat yg kecik
Cara memasak:
1. Masuk susu ngn oreo dlm blender. Pastikan blender bebas dr bau bwg dan lada.
2.Blend mcm ni.
3.Isi la adunan dlm bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nk tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yg lekat pada garfu tu bermakna kek oreo kito belum masak. Kukus lg
4.Ni selepas siap kukus, ermmmm moist gittuuuu. Biar dia rest sejuk dlu jap
5.Lastly tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap 😍
Kek Pisangyang lembut gebu dan nampak urat pisang sememangnya sangat sedap dan digemari ramai. Jika resipi tersebut mudah, lagilah ramai yang suka. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Pisang yang menggunakan sukatan cawan, saudari Zuhaidar Mohd Sofi ada kongsikan resipinya. Sememangnya sangat senang. Beliau juga ada berkongsi tip untuk menghasilkan kek yang berurat cantik. Resipi ini juga sesuai untuk dibakar dan juga dikukus. Jom cuba!
RESIPI KEK PISANG MUDAH & GEBU, SUKAT GUNA CAWAN JE
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!