Kek kelapa , lagi satu kek orang lama dan legend. Semua guna sukatan cawan je.. Semerbak bau kelapa.Tekstur keknya pun cantik sangat. Disertakan resepinya.
Bahan-bahan:
1 cawan marjerin – beli online DI SINI
1/2 cawan gula kastor – beli online DI SINI
3 biji telur
Esen ros
1 sudu susu pekat
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 sudu kecil baking powder – beli online DI SINI
1 sudu kecil soda bicarbonate – beli online DI SINI
1 cawan kelapa kering
Pewarna merah/hijau/ kuning
Cara-cara:
1.Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan putar lagi.
3.Masukkan esen ros dan susu pekat , putar sekejap.
4.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
5.Kaup balik.
6.Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan . Kaup balik.
7.Masukkan dalam loyang yang digriskn dengan marjerin.
8.Bakar 170° selama 60 minit (ikut oven masing-masing).
Kredit : Juju Minhad
#mahn