Resipi Kek Marble paling mudah yang boleh dicuba oleh anda yang tidak mempunyai mesin pengadun di rumah. Hanya dengan menggunakan senduk, anda masih boleh menghasilkan kek yang sedap untuk suami dan anak-anak. Aroma bila dibakar, fuhhh…wangi satu rumah. Memang harus cuba resipi perkongsian saudari Noor Irmazai Juhari ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang dan warna bertukar menjadi putih. 2. Masukkan telur satu demi satu diikuti esen vanilla. 3. Seterusnya masukkan tepung gandum. Kacau hingga adunan menjadi sebati.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda ingin warnakan. Masukkan warna ikut cita rasa. Sebatikan. (empunya resipi guna 3 warna: coklat, warna asli dan hijau)
5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega. Corakkan mengikut kreativiti masing-masing. 6. Bakar kek pada suhu 180°c selama 30-40 mint atau sehingga kek masak. Guna api bawah sahaja.
7. Jika suka kek yang sedikit garing di bahagian atas, bakar sekejap menggunakan api atas selepas kek masak sepenuhnya.
Seperti yang disiarkan dalam Astro Awani malam semalam DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ada bertitah mengenai lauk kegemaran baginda Masak Taucu.
Jadi kalau ada yang teringin nak masak lauk pauk taucu bolehlah mencuba resipi yang min kongsikan ini. Tapi rasanya taklah sama dengan air tangan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar. Air tangan baginda tentulah lebih istimewa .
Namun keenakan tempias rasanya pastilah ada. Kalau nak tahu taucu adalah kacang soya yang telah direbus dan diperam. Digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Sebenarnya terdapat pelbagai variasi lagi lauk pauk sedap yang boleh masak menggunakan taucu ni.
TAUCU TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
Ikan Tenggiri yang dah digoreng
1 inci halia – dihiris
4 biji bawang merah – dihiris
1 biji bawang holland – dihiris
Lada besar – dihiris panjang
Cili api
Air ikut citarasa masing-masing
BAHAN PES ( GAUL SEBATI):
3 sudu makan taucu
6 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan taucu dan air. Biarkan mendidih sedikit.
Seterusnya masukkan ikan, lada, cili api dan bawang holland.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya ( jika perlu.)
Jika suka pedas, masa nak makan baru picit cili api.
1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos.
3 biji bawang merah – dipotong
3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
1/2 biji bawang holland – dipotong kasar
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
2 biji cili hijau – dipotong
2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
4 biji cili padi merah – potong halus
4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
Minyak untuk menumis
Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Masih belum ada idea nak masak hidangan apa untuk tengahari ni? Pelbagai resipi lauk pauk yang menyelerakan ini boleh membantu kamu menyediakan hidangan tengahari dengan mudah! Rasai kelazatan air tangan En. Megat dari HS Nada yang berkongsi menu sedap yang boleh kamu cuba!
DAGING LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging lembut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan lada hitam | kisar
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3biji bawang besar | 2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
5 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa jika perlu
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika daging empuk, anda tidak perlu rebus daging.
……………
KERABU PERUT ALA KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
2 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dihiris
4 batang serai |dihiris nipis
10 tangkai cili api | dihiris nipis
1 batang timun | buang biji dan potong dadu
3 biji limau kasturi
Garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
CARA MEMASAK:
Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
Masukkan dalam mangkuk bersama dengan bahan hirisan lain.
Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambah hirisan bunga kantan, daum kesum dan serai.
……….
SAMBAL KICAP HATI
BAHAN-BAHAN:
500gm hati lembu| cuci bersih dan rebus
1 biji bawang besar |hiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
Kacau rata dan masukkan kicap cair dan kicap pekat.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Sambal hati sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka boleh campurkan kentang dalam sambal hati ini.
……………..
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
Tutup api, ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Daging juga sesuai dimasak dengan menu ini.
………….
GULAI KETING
BAHAN-BAHAN:
1 kg keting | rebus
750ml santan
5 helai daun limau purut
4 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia | hiris
3cm lengkuas | hiris
4cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
Biarkan mereneh hingga keting empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin cepat masak, boleh rebus dahulu keting, sehari sebelum masak.
…………..
BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kisar
50gm tepung jagung
1 /2 sudu the mixed spices
Secubit serbuk kayu manis
Secubit serbuk lada hitam
Secubit serbuk lada sulah
Sedikit garam
1 biji telur | saiz C
BAHAN GORENG:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk perasa ayam
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk, uli sebati.
Bentukkan bulat-bulat.
Panaskan air dalam periuk, masukkan bebola yang telah siap tadi.
Setelah timbul, angkat dan toskan.
Gaulkan rata semua bahan gorengan. Kemudian gaulkan bebola di dalamnya.
Panaskan minyak, goreng bebola tadi hingga keperangan.
Angkat dan toskan.
Hidangkan bebola daging dengan sos cili.
INFO CHEF: Anda boleh tukar daging kisar dengan isi ayam kisar.
RESIPI OLEH:MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR.HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Nikmati Puding Roti yang masih suam bersama Sos Kastard memang sangat enak. Rasa lemak-lemak manis dan wangi bau puding yang baru siap dibakar, sangat membuka selera. Bagi anda yang sukakan sajian ini, bolehlah cuba buat untuk berbuka puasa nanti. Saudari Azfa Azizan nada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan hanya bakar menggunakan Air Fryer. Tapi jika tiada, boleh sahaja guna ketuhar. Sama enak hasilnya. Jom cuba!