Sedapnya Kek Marble ni. Nampak lembut dan ‘moist’ kan? Menurut empunya resipi saudari Zahrah Hafiz, resipi Kek Marble Red Velvet Coklat yang dikongsi ni memang sangat sedap dan gebu. Haruman menteganya bila kek siap dibakar, memang sangat membuka selera. Sesuai sangat anda cuba buat untuk keluarga. Nak buatnya pun tidak sukar. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega sampai gebu dengan menggunakan mixer. 2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan juga susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul sebati. 3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun seketika dan sebatikan. 4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan pada warna asal, satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco dan satu bahagian lagi letakkan coklat emulco. 7. Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper dan dilenser dengan mentega. 8. Lapiskan adunan tadi berselang seli untuk dapatkan lapisan marble yang diingini. 9. Bakar adunan selama 50 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 165 C. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Pastikan ketuhar telah dipanaskan selama 5-10 minit sebelum dimasukkan kek.
Ikan Siakap Stim Limau memang sangat sedap. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna. Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Namun bagi yang tak ada periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak. Sesuai sangat bagi anda yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zafirah Zawawini. Mudah sangat dan sebijik sama macam yang kita makan di restoran Thailand. Ratah macam tu je pun dah sedap.
Ini resipi paling mudah tapi memang sedap. Yang penting cara membuat air asam itu memang kaw kaw padu bila digandingkan dengan ikan rebus itu nanti.
UNTUK IKAN:
Ikan apa2 yg disukai lumur ngan sedikit garam kemudian kukus smp masak…
UNTUK AIR ASAM:
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
(Ada yg suka ltk belacan..blg jer.tp saya x ltk sbb nnti asyik pegang hidung jer😬😬😬)
Cpurkan semua bhn ni dlm mangkuk.gaul2.kuah jgn cair sgt..pekat2 sikit baru ummpppp….
Pastu ikan yg dah siap kukus td tu kita curahkan aje air asam ni ..siap….
Nasi nya hot2
Ada lak ulam timun
Ok….slmt mcuba
Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Anda boleh mencuba 6 jenis kerabu yang agak ringkas ini tapi dijamin sedap. Pilih mengikut cita rasa anda.
1. KERABU DAGING TIMUN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging lembu
1 biji timun – hiris nipis
1 batang lobak merah – hiris nipis memanjang
1 biji tomato – cincang kasar
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – mayang halus
1 biji bawang besar – mayang halus
1 biji cili merah – mayang halus
6 biji cili padi – hiris nipis
2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos cili Thai
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak. Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.
2. KERABU JANTUNG PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris nipis
½ cawan kelapa parut – ambil putihnya sahaja
2 biji limau kasturi – perah jusnya
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (tumbuk):
4 biji cili merah
4 biji bawang merah (bakar)
3 biji bawang putih (bakar)
3cm belacan bakar
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.
3. KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji mangga muda
50gm ikan bilis – sangai dan tumbuk kasar
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya sahaja) – mayang halus
1 biji bawang besar – mayang halus
1 biji cili merah – mayang halus
5 biji cili padi- hiris nipis
1 sudu makan air perahan limau
1 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Buah mangga dibuang kulit dan disagat/hiris halus memanjang. Ketepikan.
Kemudian di dalam mangkuk, satukan hirisan mangga, serai, bawang besar, cili merah, cili padi dan sos ikan. Gaul rata.
Tambah garam (jika perlu), gula dan air perahan limau. Gaul sebati.
Akhir sekali tabur ikan bilis dan sedia dihidangkan.
4. KERABU PERUT KERISIK
BAHAN-BAHAN:
400gm perut lembu – rebus dan hiris nipis
½ biji kelapa parut – sangai hingga perang
2 biji tomato – cincang nipis & ramas sedikit
2 biji cili merah – mayang halus
6 biji cili padi – hiris nipis
1 biji bawang besar – mayang halus
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA-MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Jika suka boleh tambah hirisan daun limau purut.
5. KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong saiz sederhana – potong dan bersihkan
1 biji tomato – hiris nipis
2 batang kacang panjang – potong pendek
1 biji cili merah – cincang dadu
5 biji cili padi – hiris nipis
1 biji bawang besar – cincang dadu
1 helai daun limau purut – hiris halus
1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) – hiris halus
1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.
Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
6. KERABU SUHUN SIAM
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun
10 ekor udang sederhana besar – bersihkan dan celur
1 biji tomato – cincang kasar
1 biji cili merah – hiris nipis
1 biji bawang besar – mayang halus
3 biji bawang putih jeruk – mayang halus
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
Daun ketumbar – cincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Bijan – sangai (jika suka)
CARA MEMASAK:
Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.
Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa. Gaul sebati.