Sedapnya Kek Marble ni. Nampak lembut dan ‘moist’ kan? Menurut empunya resipi saudari Zahrah Hafiz, resipi Kek Marble Red Velvet Coklat yang dikongsi ni memang sangat sedap dan gebu. Haruman menteganya bila kek siap dibakar, memang sangat membuka selera. Sesuai sangat anda cuba buat untuk keluarga. Nak buatnya pun tidak sukar. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KEK MARBLE RED VELVET COKLAT
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega – beli online disini
1 cawan gula halus – boleh kurangka jika tidak suka manis
4 biji telur
3 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu teh baking powder – beli online disini
1 sudu teh esen vanila – beli online disini
1 sudu teh red velvet emulco
1 sudu teh coklat emulco – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega sampai gebu dengan menggunakan mixer.
2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan juga susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun seketika dan sebatikan.
4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan pada warna asal, satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco dan satu bahagian lagi letakkan coklat emulco.
7. Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper dan dilenser dengan mentega.
8. Lapiskan adunan tadi berselang seli untuk dapatkan lapisan marble yang diingini.
9. Bakar adunan selama 50 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 165 C. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Pastikan ketuhar telah dipanaskan selama 5-10 minit sebelum dimasukkan kek.
Kredit resipi & foto: Zahrah Hafiz
Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/shefu-5-in-1-springform-bakeware-big-set-20167168?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Shefu 5 in 1 Springform Bakeware Big Set[/su_button]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official