Suka dengan rasa kek pisang. Kalau kena caranya, berulang kali boleh menikmatinya ditemani kopi panas. Buat yang ingin cuba buat sendiri boleh cuba resipi mudah ini.
Cara buat: 1. Satukan gula pasir dengan marjerin. Putarkan sehingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu-putar sehingga kembang. 3. Masukkan tepung naik sendiri. Putar lagi dan akhir sekali masukkan pisang. Putarkan sekejap. 4. Masukkan dalam loyang. Loyang sapukan dengan marjerin dulu ye. 😊. Anggaran loyang saiz 8. Loyang bulat pun bolehh. 5. Hiaskan dengan potongan pisang. 6. Bakar dengan suhu 160°c selama 30 minit. Bergantung oven sendiri.
Buat yang menyukai makanan manis, pasti tidak menolak andai dihidang kek sarang semut atau kek gula hangus . Bentuknya yang unik dan tekstur yang kenyal menjadikan ia tidak jemu dimakan. Sekali cuba pasti nak lagi. Bukan hanya boleh dihidang buat keluarga malah boleh dibawa untuk juadah pemanis mulut bagi acara potluck dan sebagainya. RASA kongsikan resipi buat yang ingin mencubanya.
BAHAN GULA HANGUS:
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
1/2 cawan mentega
BAHAN KEK:
2 cawan tepung gandum | ayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat | ayak bersama tepung
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. Setelah gula kelihatan perang, masukkan air panas. Apabila gula dah larut, padamkan api dan masukkan mentega. Biarkan sejuk.
2. Kisar telur selama 10 minit.
3. Dalam bekas berlainan, satukan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan telur yang telah dikisar, esen vanila dan susu pekat manis. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan air gula hangus yang telah benar-benar sejuk. Kacau sebati.
5. Griskan loyang dan lapik ‘baking paper’. Tuang adunan.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja. Bakar kek selama 1 jam. Kemudian bakar lagi selama 10 minit menggunakan api atas sahaja.
7. Kek ini juga boleh dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Comelnya Tom & Jerry Cheesecake ni. Nampak macam bentuk keju yang ada dalam cerita kartun tu. Unik betul. Patutlah kek ini sedang viral di media sosial. Kalau buat untuk anak-anak, pasti teruja. Nak cuba? Saudari NorhasLina OtHman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TOM & JERRY CHEESE CAKE
BAHAN COKLAT LUAR:
500gm white chocolate compound coin
2-3 titik pewarna kuning lemon
BAHAN BAHANGIAN KEJU:
BAHAN A:
400gm krim keju (cream cheese)
300gm krim putar (whipping cream)
50gm gula aising
1/2 sudu makan perasa oren sunquick
BAHAN B:
50gm air suam
1 1/2 sudu makan gelatin
CARA MEMASAK:
1. Masak coklat guna teknik double boil hingga cair. Masukkan pewarna. Sebatikan.
2. Bila coklat sudah suam, masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan. Ratakan.
3. Ketebalan lapisan coklat tu agak-agak sahaja. Pastikan tidak nipis dan tidak terlalu tebal.
4. Keraskan sekejap coklat di dalam peti sejuk.
5. Seterusnya pukul krim keju hingga nampak licin. Kemudian masukkan gula serta perasa sunquick. Adun sebati.
6. Kemudian masukkan krim putar. Pukul lagi hingga sebati dan kental.
7. Dalam bekas berlainan, campur air suam bersama gelatin. Kacau hingga larut.
8. Bila gelatin telah sejuk, masukkan ke dalam campuran bahan A. Kaup balikkan hingga sebati menggunakan spatula.
9. Ambil acuan coklat yang dibekukan tadi. Masukkan krim. Jika suka boleh letak kek sponge coklat di tengahnya kemudian letak lagi krim.
10. Tuang lebihan coklat di permukaan acuan. Biar coklat mengeras.
11. Keluarkan kek dengan berhati-hati dari acuan. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk kek span ni, jika mahu mudah, boleh guna kek Apollo berharga 30 sen tu. Jika tidak letak pun tak mengapa. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Salah satu biskut mudah dan sedap yang anda boleh cuba. Biskut ini tidak menggunakan banyak bahan serta kaya dengan raas coklat. Kanak-kanak pasti gemarkannya.
MILO COOKIES
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
110gm gula perang
1 biji telur gred A
185gm serbuk Milo
2 sudu teh esen vanilla
500gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata.
3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.