Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
- 8 biji ubi kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- 2-3 sudu makan mentega
- 2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- 1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
- Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
- Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
- Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
- Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
- Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
- Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
- Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
- 1 biji bawang besar – dadu
- 2 ulas bawang putih – dadu
- 4 sudu makan mentega
- 2 sudu makan tepung gandum@ jagung
- 2 kiub pati ayam
- MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
- 2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan.
2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.
Kredit foto: Shutterstock