Cara Buat Kerabu Sotong Thai Yang Mudah & Tak Banyak Bahan, Sedapnya Cukup Rasa

Share

Kalau biasa sotong kita masak sambal, bakar atau kari, kali ni kita buat pula kerabu sotong Thai. Mudah dan tak perlu banyak bahan. Caranya dikongsi oleh Yani Nadzirah II.

Cara buat kerabu sotong yang mudah, banyak tak banyak tapi sedap

Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar – siap hiris
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi – campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey Thai – boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (Nampla)
1 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar – dihiris

Cara membuat:

1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.

2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan dalam satu bekas dan letak air rebusan sotong satu sudu.

3) Masukkan nisey Thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.

4) Perasakan ikut cita rasa kita. Kemudian masukkan sotong yang sudah ditos bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai mesra cili dengan sotong tadi.

5) Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Yani Nadzirah II

 

Published by
Rose