Jom buat kerisik homemade! Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal. Memang sedap!
Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat menggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang sedia siap (ready-made) kerana khuatir ia adalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau pelik serta kurang enak.
Anda nak belajar cara-cara buat kerisik? Mudah sahaja caranya. Saudari Mahziah Ramly ada kongsikan caranya. Jom cuba. Pasti puas hati bila lihat hasilnya.
Puding sejuk berlemak dengan rasa cendol, perrgghhh siapa tak suka. Usah dipelawa, pasti cepan licin dimakan. Sukatan gula tu tak payah manis sangat, kurangkan aje gulanya,ya.
Terima kasih Yatiememories dan UDA atas sumbangan resipi ni
PUDING LEMAK CENDOL
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula pasir | boleh dikurangkan sedikit
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
500gm cendol | ditapis
CARA MEMASAKNYA:
1. Bancuh tepung jagung bersama santan dan tapiskan kedalam periuk.
2. Campurkan gula dalam adunan kemudian masak dgn api sederhana hingga sebati. Hendaklah sentiasa dikacau selama lebih kurang 20 minit.
3. Bila dah likat, masukkan cendol dan kacau sebati selama 5 minit lagi.
4. Sudukan dlm acuan lompang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak.
5. Sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.
FB : Resepi Kuih Tradisional & Moden.
PUDING LEMAK CENDOL
Sumber : yatiememories
Olahan : UDA
Kerisik adalah salah satu rencah yang menyedapkan masakan terutamanya dalam pembuatan rendang. Bila anda menggunakan kerisik buat sendiri ni, memang hasil masakan akan jadi lebih sedap dan berbeza dengan yang dibeli. Nak buatnya pun sangat mudah. Jom cuba perkongsian dari saudari Suhanawati Ismail Suwais ni.
CARA BUAT KERISIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kelapa parut secukupnya
Lesung batu @ pengisar kering
CARA MEMASAK:
1. Goreng kepala parut tanpa minyak hingga menjadi kuning keemasan. Pastikan guna api kecil sahaja. Jika api besar, kelapa akan hangus dan kerisik akan jadi pahit.
2. Kemudian tumbuk atau kisar kelapa goreng tadi sehingga mengeluarkan minyak. Sebaiknya tumbuk guna lesung batu kerana rasa kerisik menjadi lebih sedap.
3. Bila minyak kerisik dah keluar, masukkan ke dalam bekas bersih dan ulang proses sama hingga kelapa habis.
4. Tutup bekas berisi kerisik dengan kemas dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu letak dalam peti sejuk. Ia juga tahan berbulan-bulan.
Asyik sambal belacan dengan sambal ikan bilis aje. Jom masak sambal special sikit Ni dua resipi dari Hotel The Pearl, KL.
Ni kalau makan dah tak toleh ke mana dah. Iyalah nak makan kenalah pandang depan kan.
1. SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN :
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (Jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 5 minit
Cara memasak : Dihidang mentah
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
2. SAMBAL JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN :
10 biji jering /dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang /digoreng terlebih dahulu
Bahan dikisar:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah.
4. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja
INFO CHEF :Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!