Cara Buat Kerisik Homemade Yang Sedap Berminyak & Wangi Tanpa Tumbuk

Share

Jom buat kerisik homemade! Kerisik ialah sejenis penyedap masakan yang diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng. Ia sangat penting dalam penyediaan masakan terutamanya hidangan Melayu. Antara sajian yang menggunakan bahan ini adalah rendang, kerabu, pajeri dan serunding. Malah ada sesetengah daripada kita juga memasukkan bahan ini ke dalam asam pedas, air asam, kari dan sambal. Memang sedap!

Kerisik yang bagus kualitinya adalah yang baru dibuat menggunakan kelapa parut yang baru. Orang dulu-dulu, banyak hasilkan sendiri di rumah untuk kegunaan harian. Namun kini, kerisik boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai dan juga pasaraya. Tapi berhati-hati jika membeli kerisik yang sedia siap (ready-made) kerana khuatir ia adalah kerisik yang lama. Penggunaan kerisik yang tengik akan menjadikan masakan berbau pelik serta kurang enak.

Anda nak belajar cara-cara buat kerisik? Mudah sahaja caranya. Saudari Mahziah Ramly ada kongsikan caranya. Jom cuba. Pasti puas hati bila lihat hasilnya.

 

CARA-CARA HASILKAN KERISIK HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
7 biji kelapa – diparut
Kuali
Food processor / pengisar beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Letak kuali di atas dapur dan panaskan.


2. Masukkan kelapa parut. Goreng tanpa minyak hingga kelapa garing dan bertukar warna.


3. Angkat kelapa goreng dan masukkan ke dalam food processor / pengisar. Tutup penutupnya dan kisar hingga berminyak.

4. Setelah siap, simpan di dalam bekas bertutup.


5. Kerisik homemade sedia untuk digunakan dalam masakan anda!

 

Kredit resipi & foto: Mahziah Ramly

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur