
Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Fauziah Khary dan merupakan resipi dari Indonesia. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA BUAT KEROPOK NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi sejuk – rendam 1 jam
- 1 mangkuk tepung ubi
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 batang daun bawang – ambil bahagian hijau sahaja. Hiris nipis
- Garam secukup rasa
- Stok ayam / kiub pati ayam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi, bawang putih dan ketumbar hingga halus. Boleh juga tumbuk.

2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub pati ayam.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan dikacau perlahan-lahan hingga sebati dan jadi liat.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan lonjongkan seperti bentuk keropok lekor.
5. Didihkan air dan rebus. Biar hingga terapung.
6. Angkat dan toskan airnya. Kemudian hiris nipis dan jemur di bawah cahaya matahari hingga betul-betul kering.

7. Untuk menikmatinya, goreng dalam minyak panas hingga kembang. Lebihan keropok tadi boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat Sendiri Keropok Lekor Memang Puas Hati Makan

Kalau pergi ke Terengganu, keropok lekor tidak pernah lupa dibeli. Kalau biasa yang dijual sukar juga nak dapat yang betul-betul rasa ikan
yang banyak. Kalau dah suka makan keropok lekor, boleh buat sendiri ikut resepi yang dikongsi ini. Pertama kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendiri
mujur menjadi. Boleh guna ikan temenung lemak memang enak rasanya.
KEROPOK LEKOR
Bahan-bahan:
20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder
Cara membuat:
1.Blend isi ikan dengan sedikit air (agak-agak bagi boleh blend)
2.Gaulkan isi ikan yang telah diblend dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. Tak perlu tambah air.
3.Uli sampai jadi doh.Lepas tu letak sikit minyak bagi doh licin.
4.Gentellah jadi panjang mana yang anda nak.
5.Masa nak gentel tu letak sikit minyak dekat pelapik supaya tak melekat.
6.Sambil tu boleh rebuskan air dulu dalam kuali besar.
7.Selepas air mendidih, masukkan keropok yang dah digentel tadi.Masak sampai keropok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok.
8.Toskan dan sejukkan sebelum dipotong.
Sos pencicah
3 sudu cili kering yang dikisar
1 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam dan ajinomoto
1 ketul gula merah
Sedikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung
Cara membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung.
2.Kacau sampai mendidih,baru masukkan bancuhan tepung jagung.
3.Kacau sampai likat.Tutup api
Kredit : Ayu Hidayu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Golden Fries Ball Untuk Minum Petang. Sedap & Mudah!

Golden Fries Ball ni kelihatan enak dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan kudapan buat anak-anak. Menurut empunya resipi saudari Nor Hafizah Yazid, kudapan ini rangup di luar, ‘melting’ bila dimakan. Wow… Pasti ramai yang gemarkannya. Bagi anda yang nak mencuba, resipi mudah lengkap dengan bahan serta cara pembuatannya ada disertakan di bawah ini. Selamat mencuba!
RESIPI GOLDEN FRIES BALL (Anggaran 30 biji / ikut saiz)

BAHAN ADUNAN KENTANG:
9-10 biji ubi kentang – beli online disini
1 biji telur
1 sudu makan mentega / marjerin – beli online disini
Mix herbs secukupnya – beli online disini
Sedikit kiub ayam – sikit jer buat rasa – beli online disini
2-3 sudu tepung gandum (agak-agak) – beli online disini
BAHAN SALUTAN:
Tepung jagung – beli online disini
Cornflakes – diramas kasar – beli online disini
Telur
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air dan rebus kentang yang telah dikupas kulitnya bersama sedikit garam. Kalau boleh, jangan rebus terlampau masak. Nanti bila digigit, tiada rasa ketulan kentang.
2. Bila kentang sudah siap direbus, toskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bersama telur, mix herbs, marjerin, kiub pati ayam dan tepung gandum.
3. Lenyekkan semua bahan hingga sebati.
4. Cubit doh dan bulatkan. Kalau melekat di tangan, guna tepung. (empunya resipi guna tepung jagung)
5. Bila sudah siap dibulatkan, celup ke dalam bancuhan telur.
6. Seterusnya golekkan dalam pinggan berisi kepingan cornflakes yang siap diramas.
7. Rehatkan Golden Fries Ball sekejap dalam 5 – 10minit.
8. Golden Fries Ball yang sedia untuk digoreng.
9. Panaskan minyak dan goreng guna minyak sederhana panas.
10. Balik-balikkan bebola perlahan-lahan supaya masak sekata.
11. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.


INFO: Untuk membuat Golden Fries Ball , boleh juga tambah keju @ sayuran kalau anak-anak suka. Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa-apa bahan yang boleh buat salutan rangup.
Kredit resipi & foto: Nor Hafizah Yazid
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Chi Kwa Halal Snek Daging Kering Ayam Yang Sedap & Mudah!

Chi Kwa atau snek daging kering memang jadi kegemaran ramai, terutamanya sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Kali ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipi Chi Kwa versi halal menggunakan isi ayam kisar yang mudah, sedap dan sesuai untuk semua. Resipi ini telah saya modifikasi agar memenuhi citarasa masyarakat Islam tanpa mengorbankan rasa asli yang kaya dengan rempah.
DAGING KERING / CHI KWA

BAHAN-BAHAN:
300g isi ayam kisar (boleh beli siap kisar)
2 ulas bawang putih (diketuk atau cincang halus)
1 sudu besar serbuk smoked paprika atau serbuk cili
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar sos merah atau kicap masin halal
3 sudu besar madu asli
CARA PENYEDIAAN:
Gaul bahan rempah & bawang putih bersama isi ayam kisar hingga sebati. Jika mahu mudah, boleh gunakan rempah campuran ‘Chinese 5 spices’.



2. Masukkan sos merah/kicap masin dan madu ke dalam adunan ayam. Gaul rata dan perap selama beberapa jam atau semalaman untuk rasa lebih meresap.

OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!
Bahan-bahan: (dapat 1 cawan sos)
4 sudu besar taucu manis (atau taucu masin)
8 sudu besar gula Melaka | alternatif gula perang juga boleh
2 sudu besar minyak bijan
½ sudu kecil cili boh
½ sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
3. Panaskan oven pada suhu 170-200°C.
4. Ambil adunan ayam, ratakan nipis di atas kertas minyak. Jangan tebal sangat supaya hasilnya rangup dan snek lebih sedap.



5. Bakar dalam oven selama 10-15 minit. Keluarkan, buang air dan minyak yang terhasil.

Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.

Ini minyak dan air yang terhasil.

6. Campur sedikit sos merah dengan minyak yang terendap tadi. Sapu rata pada permukaan chi kwa yang setengah masak.


7. Masukkan kembali dalam oven dan bakar 10 minit. Keluarkan, terbalikkan, dan sapu lagi minyak sos merah. Bakar lagi 10 minit.

8. Ulang proses sapu dan bakar sehingga chi kwa menjadi kering, berkilat dan kenyal. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
Chi-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.
Tips tambahan:
Jangan tekan atau ratakan adunan terlalu nipis nanti chi kwa mudah hancur.
Perap lama akan meningkatkan rasa dan aroma rempah.
Boleh simpan dalam bekas kedap udara agar tahan lama dan tetap rangup.
Untuk rasa lebih smoky, boleh cuba cuca sedikit di atas arang secara tradisional apabila ada peluang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuah Mi Rebus Johor Jadi Lebih Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

