
Anda pernah cuba buat sendiri keropok lekor di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Nurul Suraya Mohd Khazali ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Jadi, selamat mencuba!
RESIPI KEROPOK LEKOR HOMEMADE 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan sardin segar/selayang – dikisar halus
- 2 cawan tepung ubi/sagu
- 1 sudu garam halus
- 1 sudu kfc soda bikabonat (tak letak pun tak apa)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan buang tulangnya. Kisar hingga halus.

2. Satukan semua bahan dan uli hingga menjadi sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bentukkan menjadi saiz keropok lekor yang biasa dijual di kedai.
4. Panaskan air hingga mendidih dan rebus keropok lekor hingga masak. Angkat dan toskan airnya.


5. Setelah keropok sejuk, potong kecil dan goreng. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Nurul Suraya Mohd Khazali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ikan Bawal Sos Lada Hitam. Memang Terangkat Rasa Dia!

Buat penggemar Ikan Bawal, selain dibuat sambal dan kari, anda juga boleh cuba masak lada hitam ini. Sos lada hitam yang enak akan memberikan rasa berbeza kepada masakan. Lebih pedas pasti lebih terangkat.
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ikan bawal | bersihkan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing
- 2 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos tiram
- 4 biji cili padi | hiris
- 2 biji cili hijau | hiris
- 2 biji bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar |belah dua dan hiris
- 1cm halia | hiris
- 1 cawan air
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Lebihan minyak bekas gorengan ikan tadi, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.
3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah pekat.
6. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.
Jom Masak & Makan! Resipi Chicken Chop, Pasta Dan Fish&Chip Macam Yang Makan Di Restoran.

Ramai yang bertanyakan resipi-resipi masakan Western yang dijual di restoran-restoran. Khas buat anda, RASA kongsikan tiga resipi makanan barat popular di negara kita. Jadi tak perlulah selalu makan di kedai. Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Senang je!
1. CHICKEN CHOP CAMPUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi paha ayam tanpa tulang
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung goreng ayam segera
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Sosej ayam
- Potongan ubi kentang ( fries)
BAHAN SOS PERANG :
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1/2 cawan Demi Glace Brown Sauce ( serbuk sos perang) – boleh dibeli di pasaraya
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 cawan air – untuk bancuh sos perang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cara untuk menyediakan chicken chop, celup ayam dengan telur, kemudian gaul dengan tepung goreng ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Seterusnya goreng sosej dan kentang. Angkat dan ketepikan.
- Bagi menyediakan sos, panaskan kuali dan cairkan metega. Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan serbuk sos perang yang telah dibancuh dengan air tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam secukupnya. Setelah kuah pekat, padamkan api.
- Hidang ayam, sosej dan kentang goreng dalam pinggan.
- Tuangkan sos dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Bahan sampingan Chicken Chop boleh pelbagaikan ikut citarasa. Anda boleh tukar dengan coslow, kentang putar atau salad.
2. FISH & CHIP

BAHAN PERAPAN IKAN DORI:
- 4 keping ikan dori
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit perahan jus lemon
BAHAN SALUTAN IKAN DORI:
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 sudu teh baking powder
- Garam secukup rasa
- 1 cawan serbuk roti
- Minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Sosej
- Kentang goreng
- Mayones
- Sos cili
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan perapan ikan dori, keringkankan ikan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu dapur.
- Kemudian lumurkan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Perahkan jus leman. Perapkan seketika.
- Untuk menyediakan bahan adunan ikan, satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
- Masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan minyak masak. Sementara itu, celup ikan dori ke dalam adunan tadi.
- Lumur ikan dengan serbuk roti. Gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti.
- Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak dan oreng hingga keemasan.
- Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayones.
INFO CHEF: Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tepung segera untuk perap dan salut ikan dori sebelum digoreng.
3. SPAGETI MEATBALL MOZA

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti | rebus hingga masak
- 6 ulas bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji tomato | potong dadu
- 500gm daging kisar
- 1/2 batang lobak merah | potong dada halus
- 4 biji cendawan butang | potong dadu
- 250gm puri tomato
- 250gm sos tomato
- ½ cawan susu segar
- 1 cawan air
- Sedikit Italian Herbs
- 1 kiub stok@pati daging lembu
- 100gm mozarella
- 10 biji meatball / bebola daging
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng meatball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
- Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
- Setelah sayur layu, masukkan sos tomato, puri tomato, air dan susu, Kacau hingga sekata.
- Apabila mendidih, masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu. Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
- Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
- Letak spageti dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah bolognese di atasnya.
- Akhir sekali taburkan keju mozarella serta meatball. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Anda boleh juga mengguna kuah Carbonara untuk resipi dan cara memasak yang sama.
Resipi Sambal Jahat, Punyalah Sedap Makan Banyak Kali Tetap Tak Puas

Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa nak tambah lagi…
Punyalah sedap kan, disebabkan itulah menurut empunya resipi Cik Qaseh ia dipanggil sambal jahat. Lagi satu sambal ini kalau dibuat pedas lagi sedap, makan sambil meleleh air mata dan lap peluh.
Resipi sambal jahat
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis -goreng garing
2 genggam cili api hijau -lebihkan jika mahu pedas
3 biji bawang besar -saiz sederhana
Petai – jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak (gunakan minyak goreng ikan bilis)

Cara Penyediaan
1. Tumbuk kasar bawang besar dan cili api hijau. Jika malas nak tumbuk, boleh guna blender, tapi pastikan tumbuk atau blend kasar, macam nak buat rencah nasi goreng.
2. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Tumbuk sedikit lagi supaya ikan bilis hancur sedikit, tetapi jangan terlalu halus.
3.Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya sambal tak hangit.
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa sambal mengikut selera anda. Jika mahu lebih pedas, tambah cili api lagi!
5. Terus masak sehingga minyak terbit di atas sambal dan sambal nampak berkilat. Pastikan api tak terlalu besar untuk elakkan sambal dari hangus. Bila nampak cantik dan berkilat, sambal jahat siap!
TIP
Jika guna blender, jangan blend ikan bilis sekali. Cuma tumbuk ikan bilis menggunakan lesung batu supaya ia kekal bertekstur. Sambal ini lebih sedap jika dimasak dengan lebihan minyak goreng ikan bilis.
Kredit resipi & foto: Cik Qaseh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

