Jom buat sediri Keropok Lekor homemade yang sangat sedap ni. Garing diluar,lembut di dalam. Bila kunyah tu memang tak puas. Sedap macam keropok yang kita beli di gerai-gerai. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri, saudari Lynn Rizky ada kongsikan bahan-bahan serta cara membuatnya. Senang sangat. Selamat mencuba!

RESIPI KEROPOK LEKOR HOMEMADE SEDAP & MUDAH

Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut
BAHAN-BAHAN:

1kg ikan kembung atau selayang @ sardin segar
1 1/2 cawan tepung ubi kayu (alternatif dari tepung sagu) beli online disini
2 sudu teh garam
1 sudu teh ajinamoto/ maggi cukup rasa
2 sudu teh baking powderbeli online disini

Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut
BAHAN AIR REBUSAN:
Air
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan ambil isinya sahaja.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut2. Isi ikan mentah dikisar tanpa air hingga lumat.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut3. Rupa isi ikan yang sudah siap dikisar.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut4. Satukan semua bahan dan gaul sampai rata hingga menjadi adunan.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut5. Cubit adunan tadi dan bentukkan kecil-kecil sampai habis. (empunya resipi dapat 30 batang keropok)
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut6. Rebus air bersama minyak masak dan sedikit garam. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan keropok lekor yang sudah dibentuk tadi.
7. Rebus keropok sampai timbul. Kemudian angkat & toskan.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut8. Sejukkan keropok sebentar, kemudian barulah digoreng. Nak potong boleh, nak goreng sebatang terus pun boleh. Ikut selera.
9. Keropok Lekor siap digoreng dan bolehlah dinikmati bersama sos keropok losong Terengganu atau sos cili.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut10. isi dalam keropok yang lembut dan tak liat.
Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut11. Keropok Lekor yang lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Goreng bila ingin dinikmati. Nak tahan lama, simpan di tempat beku.

Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut

Kredit resipi & foto: Lynn Rizky

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Buat Sendiri Risoles Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Risoles Ragout Ayam. Sajian Minum Petang Sedap & Simple

Ads

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI