Makan

Cara Buat Keropok Lekor Yang Sedap & Lembut

Share

Jom buat sediri Keropok Lekor homemade yang sangat sedap ni. Garing diluar,lembut di dalam. Bila kunyah tu memang tak puas. Sedap macam keropok yang kita beli di gerai-gerai. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri, saudari Lynn Rizky ada kongsikan bahan-bahan serta cara membuatnya. Senang sangat. Selamat mencuba!

RESIPI KEROPOK LEKOR HOMEMADE SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

1kg ikan kembung atau selayang @ sardin segar
1 1/2 cawan tepung ubi kayu (alternatif dari tepung sagu) beli online disini


2 sudu teh garam
1 sudu teh ajinamoto/ maggi cukup rasa
2 sudu teh baking powderbeli online disini

BAHAN AIR REBUSAN:
Air
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan ambil isinya sahaja.
2. Isi ikan mentah dikisar tanpa air hingga lumat.
3. Rupa isi ikan yang sudah siap dikisar.
4. Satukan semua bahan dan gaul sampai rata hingga menjadi adunan.
5. Cubit adunan tadi dan bentukkan kecil-kecil sampai habis. (empunya resipi dapat 30 batang keropok)
6. Rebus air bersama minyak masak dan sedikit garam. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan keropok lekor yang sudah dibentuk tadi.
7. Rebus keropok sampai timbul. Kemudian angkat & toskan.
8. Sejukkan keropok sebentar, kemudian barulah digoreng. Nak potong boleh, nak goreng sebatang terus pun boleh. Ikut selera.
9. Keropok Lekor siap digoreng dan bolehlah dinikmati bersama sos keropok losong Terengganu atau sos cili.
10. isi dalam keropok yang lembut dan tak liat.
11. Keropok Lekor yang lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Goreng bila ingin dinikmati. Nak tahan lama, simpan di tempat beku.

Kredit resipi & foto: Lynn Rizky

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur