Cara Buat Keropok Nasi Homemade. Mudah Je Resipinya

Share

Macam ni rupanya buat Keropok Nasi. Jika di dapur anda ada lebihan nasi sejuk, jangan buang atau bazirkan kerana ada menu sedap dan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Mazura Esha. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.

RESIPI KEROPOK NASI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
500gm tepung ubi beli online disini
1 labu bawang putih – tumbuk beli online disini


Garam
Serbuk lada sulah beli online disini
Belacan beli online disini
Serbuk perasa secukupnya
Air panas secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Rendam nasi sejuk dengan air panas selama 1 jam. Kemudian tapis.
2. Satukan semua bahan (kecuali tepung ubi) ke dalam blender. Masukkan sedikit air (cukup sekadar untuk bagi blender berputar sahaja)
3. Tuang ke dalam bekas dan masukkan tepung ubi. Uli hingga jadi doh. Boleh rasa jika doh sudah cukup perasa atau tidak. Jika tidak cukup, boleh tambah.
4. Jika suka, boleh letak pewarna kesukaan.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan mengikut saiz kesukaan anda.


6. Didihkan air dalam periuk dan masukkan keropok tadi. Masak hingga doh keropok terapung.
7. Angkat doh dan lalukan di bawah air mengalir. Toskan. Sejukkan dan simpan doh dalam peti sejuk beku semalaman.


8. Keluarkan ketulan doh keropok dan hiris nipis-nipis.
9. Susun dalam bekas bersesuaian dan jemur hingga kering. Biasa kalau cuaca panas dan matahari terik, boleh jemur dalam 2 hari.


10. Bila kepingan keropok sudah kering, simpan dalam bekas kedap udara dan boleh digoreng pada bila-bila masa.


11. Keropok yang sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto: Mazura Esha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur