Hari ini kita nak belajar buat keropok nasi. Keropok nasi ni enak sebagai kudapan anak-anak. Nasi yang tak habis tu bolehlah dibuat keropok. Layan dengan nasi goreng, mi goreng dan sewaktu dengannya pun sedap. Nak kunyah begitu sahaja pun ok, terpulang pada korang. Jom kita belajar buatnya.
KEROPOK NASI
Bahan-bahan:
2 cawan nasi-direndam selama 1jam
3 cawan tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam
1 sudu sedap rasa(nak letak boleh tak nak letak pun boleh)
1 ulas bawang putih
Cara membuat:
1.Kisar nasi yang direndam tadi dengan sedikit garam, sedap rasa dan bawang putih, kisar sampai halus.
2.Tuang dalam bekas dan masukkan tepung ubi,sebatikan sampai betul-betul tak melekat di tangan, kalau bancuhan masih lekat tambah je tepung ubi, tak payah takut walaupun tepung tu letak banyak keropok anda pasti menjadi.
3.Bila dah tak melekat bahagikan beberapa doh nak letak warna, terpulang nak warna apa pun, tak nak warna pun boleh sama je rasa.
4.Bulat-bulatkan jadi doh memanjang, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Asal boleh nak dihiris nanti.
5.Bila dah siap buat gentel, panaskan air bila dah menggelegak letak 1 sudu minyak masak, untuk rebuskan doh tadi, bila doh dah terapung bermakna doh tu dah masak.angkat dan toskan.
6.Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais semalaman, kalau buat malam, pagi tu dah boleh keluarkan dan terus dihiris jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.
7.Kemudian jemur di bawah matahari yang terik. Sudah kering bolehlah digoreng dan dimakan bersama keluarga.
Kredit: Qaseh E’zura Ramli