Anda suka makan Char Kuetiau? Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.

 

RESIPI PES CILI, KUAH KICAP  & CARA MASAK CHAR KUETIAU

 

RESIPI KUAH KICAP

Cara Buat Kicap & Pes Cili Untuk Char Kuetiau Homemade

  • 1 liter air
  • 6 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 10 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan kicap sotong
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
  2. Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.

 

RESIPI PES CILI

Cara Buat Kicap & Pes Cili Untuk Char Kuetiau Homemade

  • 100gm pes cili
  • 1 genggam udang kering – bersihkan
  • 1 labu bawang putih
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
  2. Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.

 

RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)

BAHAN-BAHAN:

  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

 

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.

 

RESIPI CHAR KUETIAU

Cara Buat Kicap & Pes Cili Untuk Char Kuetiau Homemade

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu makan minyak bawang putih
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 senduk kuah kicap
  • Udang secukupnya – dibersihkan
  • Tauge & kucai secukupnya
  • Kuetiau halus
  • Telur

( boleh juga tambah kerang )

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
  2. Masukkan pes cili. Kacau sebati.
  3. Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuetiau yang berkuah. Biarkan mendidih.
  4. Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
  5. Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.

Cara Buat Kicap & Pes Cili Untuk Char Kuetiau Homemade

 

IKLAN

INFO:

  1. Setiap kali buat set char kuetiau ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
  2. Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.

 

Jika anda sedang mencari BLENDER, boleh DISINI.

Kredit resipi & foto: Azrina Surono

 

Artikel menarik untuk anda:

Resipi Mi Udang Yang Sedap, Pedas & Menyelerakan

Resipi Laksa Johor Padu. Makan Dengan Tangan Baru Ngam.

Cara Buat Mi Telur Secara Homemade Guna 3 Bahan Je.

 

Resipi yang boleh dicuba di rumah:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI