Stok ayam ni banyak gunanya. Selain dijadikan bahan perasa dan penyedap pada masakan, ia juga menjimatkan masa memasak. Hanya dengan satu kiub sahaja ia boleh menjadikan masakan anda beraroma serta lazat!

Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat bahan-bahan serta cara-cara penyediaannya yang dikongsi oleh blog http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html . Untuk kiub pati ayam homemade ini, ia mampu bertahan 3-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk biasa dan 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk beku.

 

CARA BUAT KIUB PATI AYAM HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Tulang ayam, leher, kepak dan sedikit isi
  • 2-3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1-2 biji bawang merah | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sup bunjut | optional
  • 1 pelepah daun saderi | dihiris
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.

2. Lepas mendidih, kecilkan api dan renehkan sup hingga airnya tinggal separuh. ( Empunya resipi biasa rebus 4-6 jam. Sebabnya nak keluarkan segala aroma, rasa dan khasiat dari tulang temulang dan isi ayam tu)

IKLAN

3. Dah masak, tapiskan airnya. Ambil isi ayam, batang saderi sikit (batang sahaja) dan lobak untuk dikisar. Bahan-bahan lain dibuang termasuk tulang-tulang.

4. Letakkan stok ayam dalam tray ais untuk dibekukan.

5. Untuk mudah disimpan, selepas kiub pati ayam beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Letak kembali dalam peti sejuk beku dan guna pada bila-bila masa.

Selamat mencuba!

 

 

Kredit resipi & foto: http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html

 

Resipi ni juga lebih cepat dimasak guna PRESSURE COOKER.  Tak tahu nak pilih yang mana? Boleh tengok-tengok DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.

 

Cuba juga resipi-resipi terbaik dari laman web RASA.

Kompilasi Resipi Berasaskan Daging Sempena Raya Haji

Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan

Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official