Kalau makan di restoren mamak atau nasi kandar, kobis goreng ini mesti ada. Warnanya agak kekuningan, berbeza daripada kobis goreng yang biasa kita masak di rumah.
Kubis goreng mamak ini memang ngam sangat makan dengan kari, jadi jika hidangan menu kari elok jika masak sekali sayur ini.
Ads
Cara buat kobis goreng mamak
Bahan-bahan
1 sdt biji sawi
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 tangkai cili kering
1 tangkai daun kari
1 biji (500 g) kubis
1 batang lobak merah
1 sdt serbuk kunyit
Sedikit air
Cara memasak
1. Hiris bahan-bahan yang bertanda.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Masukkan biji sawi, bawang yang telah dihiris, cili kering dan daun kari. Tumis sehingga layu & keperangan.
Ads
3. Masukkan pula kubis, lobak merah & serbuk kunyit. Gaul rata.
4. Tambah sedikit air jika sayur terlalu kering. Perasakan dengan garam. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Selalu sayur hanya jadi lauk pelengkap. Tapi korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Misalnya lauk sambal terung ni. Sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi. Boleh juga dimakan dengan lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
sambal terung mama fb.
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.
Sup tauhu ni amat sedap dimakan ketika panas-panas. Lagi-lagi ada daging cencang. Memang sedap.
SUP TAUHU DENGAN DAGING CENCANG
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar daging cencang
2 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur ayam
2 keping tahu | belah 2
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daging cencang. Tumis lagi.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan sos tiram. Pecahkan telur ayam. Kacau rata.
5. Masukkan tauhu dan biarkan seketika.
6. Matikan api. Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Kari kacang hijau atau paasiper curry ini memang sedap dengan keunikan rasa tersendiri. Ia salah satu masakan kaum India. Sangat sedap kalau dimakan dengan capati dan sambal.
Bolehlah cuba kari kacang hijau ini pula ye. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sheena Supra ini.
Mula-mula kacang hijau direndam 4 jam. Atau kalau nak rendam semalaman pun boleh. Toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan jintan manis. Kemudian masukkan cili kering. Tumis.
Setelah itu masukkan bahan-bahan lain tadi sekali gus. Tumis selama dua minit.
Masukkan kacang hijau yang direndam dan kacau sebati. Tambahkan air. Level air sampai bahan-bahan tadi tenggelam. Nak masukkan lebih pun tak apa.
Masukkan pula serbuk kunyit. Kacau sebati dan biar masak menggunakan api sederhana untuk 20 – 30 minit.
Selepas 20 – 30 minit, kacang hijau sudah masak sepenuhnya. Tambah air sikit lagi untuk buat kuah.
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sedikit serbuk cili untuk bagi warna kari lagi cantik. Kacau sebati dan biar masak lagi dalam 10 minit.
Kacang hijau dah masak sepenuhnya. Siap. Sesuai dengan sambal ikan atau mana-mana sambal pedas. Dengan capati pun ngam!