Nak hidang nasi impit/lontong mestilah wajib ada Kuah Lemak bukan? Keenakan lontong bergantung pada Kuah Lemak Lontong yang dimasak. Jika anda masih tercari-cari resipi yang sesuai untuk memasak Kuah Lemak Lontong yang mudah, ringkas tapi dijamin sedap, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh أختي اراني ini.
RESIPI KUAH LEMAK LONTONG
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji kubis 1 batang lobak merah – potong panjang – beli online 9 batang kacang panjang – beli online 1 ikat suhun 1 keping fucuk – potong panjang – beli online 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu – beli online 2 batang serai – ketuk – beli online 1 cawan udang hidup 1/2 biji kelapa parut Garam gula secukup rasa – beli online Serbuk kunyit
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 2 sudu besar udang kering
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Masukkan udang dan sayur-sayuran yang keras.
3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4. Masukkan kunyit sampai warna namapk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan sahaja.
5. Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap dan bolehlah dihidangkan bersama nasi impit yang siap dipotong bersama sambal ikan bilis.
Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ni. Nampak memang sedap sangat.
AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
BAHAN B:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
Belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
Kerisik secukupnya
Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Lada Bilis extra pedas perkongsian saudari Sis Siska ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi siam, cili hijau dan tomato ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak serta bilis goreng. Memang nikmat tak terkata. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Resipi ni sesuai untuk keluarga yang ramat ‘umatnya’. Bagi 3 kg kerang, wah banyak tu tapi bila dah mula makan tak perasan pun dah balun makan banyak mana.
Kerang masak rendang memang sedap weii.
Cili kering campur cili padi memang meleleh air liur. Jom cuba resipi rendang pedas ni.
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN :
3kg kerang | gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10minit, ambil isi
Bahan kisar :
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2inci halia
1inci lengkuas
1inci kunyit hidup
5 batang serai | ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampong
10tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan – 1 biji kelapa
3sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit – hiris halus
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar dan cili. Tumis sampai kering dan pecah minyak
2. Masukan santan, biarkan merenih dengan api perlahan
3. Masukan kerisik dan asam keping – reneh sampai pekat
4. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan, perasakan garam dan gula.
5. Masukan daun kunyit yang dihiris halus dan rasakan dengan garam
#daporchefgarang
Kredit Resepi Dan Video : Aezach Ar
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!