Yong Tau Foo adalah antara street food kegemaran ramai. Jika ada gerai yang sosnya sedap, pasti ramai yang sanggup bertaur lama untuk mendapatkannya. Penat! Apa kata cuba buat sendiri di rumah. Serius, memang tak susah. Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Fazni Hasri ni.

Cara Buat Kuah Yong Tau Foo Homemade Yang Mudah & Sedap.

RESIPI KUAH YONG TAU FOO HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 sudu makan gula merah @ 2 ketul gula melaka
  • Sebesar ibu jari belacan
  • 3 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 mangku air
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Serbuk perasa
  • Garam dan gula jika perlu
  • 2 sudu makan minyak
  • Bijan secukupnya | disangai
  • 1 ikat kangkung | dicelur
  • Aneka seafood / bebola yang digemari | dicelur

CARA MEMASAK:

1.    Cili kering rendam sampai kembang. Toskan. Goreng dengan minyak sehingga wangi. Goreng sekejap saja jangan sampai garing.

2.    Kisar cili bersama belacan dan sedikit air. Ketepikan.

3.    Masak gula merah sehingga hancur dan tapiskan.

4.    Dalam periuk yang lain. Masukkan kisaran cili, gula merah dan semangkuk air.Masak atas api sederhana.

Ads

5.    Tambahkan kicap, sos cili, sos tiram, serbuk perasa, garam serta gula jika perlu.

6.    Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.

Cara Buat Kuah Yong Tau Foo Homemade Yang Mudah & Sedap.

Ads

7.    Masukkan aneka bebola dan  kangkung ke dalam mangkuk. Masukkan kuah secukupnya. Tabur bijan sangai dan nikmati segera.

Cara Buat Kuah Yong Tau Foo Homemade Yang Mudah & Sedap.

Kredit resipi & foto: Fazni Hasri 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI