Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Yang Mudah, Sedap & Murah.

Share

Keenakan hidangan Yong Tau Fu terletak pada kuahnya. Jika sedap kuahnya, maka sedaplah Yong Tau Fu tu. Bagi peminat sajian ini, pastinya setiap kali ke pasar malam anda akan beli.

Jika anak-anak ramai, jenuh juga nak membayar. Mahal! Oleh itu jom belajar buat sos Yong Tau Fu yang sedap, mudah dan tak guna kos yang besar. Memang puas makan!

 

KUAH YONG TAU FU HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 sudu makan cili boh ( nak guna cili serbuk pun bleh)
  • 4 sudu makan gula merah
  • 1 inci belacan ( bakar terlebih dahulu )
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Sedikit sedap rasa / serbuk pati ayam
  • Garam
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Sos ikan secukupnya (boleh abaikan)
  • 2 sudu makan minyak
  • Bancuhan tepung gandum secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Masak gula merah bersama air hingga larut. Tapis.


2. Masukkan semula air gula ke dalam periuk. Tambahkan cili boh, belacan, sos tiram, serbuk perasa, garam, kicap pekat, sos ikan ( jika suka) dan minyak masak. Masak guna api perlahan hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung ikut kepekatan kuah yang digemari. Andai kuah terlalu pekat, tambah air.
4. Biarkan kuah masak lama sedikit supaya rasanya lebih sedap. Rasa masam dan manisnya agar seimbang. Jika kurang manis, boleh tambah gula biasa.
5. Padamkan api dan boleh nikmati bersama aneka bahan-bahan Yong Tau Fu seperti tauhu kering, kek ikan, aneka bebola dan sebagainya.

6. Untuk rasa lebih enak, tabur bawang goreng yang dikisar kasar untuk dapatkan rasa lebih enak.

 

Kredit resipi & foto: Puan Fara Bakri

Published by
Nur