Cara Buat Kubis Gulung. Menu Diet Rendah Kalori Yang Sedap.

Share

Sedapnya Kubis Gulung ni. Sesuai bagi anda yang mementingkan sajian yang kurang minyak, kurang perasa serta rendah kalori. Yang mana tengah diet, sesuai sangatlah cuba menu perkongsian Az Hanie Ismail ni.

 

RESIPI KUBIS GULUNG UNTUK DIET


.

BAHAN-BAHAN ( Jumlah bahan bergantung pada jumlah kubis yang digunakan):

  • Kubis hijau
  • Isi dada ayam cincang @ daging cincang
  • Lobak merah secukupnya – hiris nipis
  • Kubis ungu secukupnya – hiris nipis
  • Bawang putih – hiris @ tumbuk
  • Bawang merah – hiris
  • Serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • Garam bukit secukup rasa
  • Serbuk cili secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Daun kucai – jika ada

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam sedikit kering.


3. Tambahkan lobak merah dan kubis ungu. Goreng sekejap.
4. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam. Sesuaikan rasa. Angkat dan ketepikan inti.

5. Ambil kubis hijau dan bersihkan. Leraikan daun kubis ikut jumlah yang dikehendaki.
6. Panaskan air di dalam periuk dan celur daun kubis seketika. Ia bertujuan untuk melembutkan daun supaya senang digulung. Toskan.
7. Ambil sekeping daun kubis, isi inti secukupnya dan gulung kemas. Ikat dengan daun kucai.


8. Susun kubis gulung ke dalam bekas bersesuaian dan kukus lagi selama 3 minit supaya kubis lebih lembut.


9. Sedia untuk dinikmati. Enak dicicah dengan Sos Cili Thai.

.

Kredit resipi & foto: Az Hanie Ismail

Published by
Nur