Cara Buat Kuetiau Ladna Simple & Sedap.

Share

Anda yang nak tahu bagaimana cara buat Kuetiau Ladna, ia sangat mudah dan cepat disediakan walaupun ada dua bahagian penyediaan. Pertama penyediaan kuetiau kicap dan kedua kuahnya. Macam mana caranya follow sahaja resipi yang disediakan di bawah ini. Anak-anak gerenti suka kerana ia tidak pedas dan sedikit berkuah. Resipi ini untuk kuantiti besar sesuai jika anda ingin bersedekah pada jiran-jiran.

KUETIAU TEOW LADNA
BAHAN-BAHAN:
4 paket kuetiau | leraikan
2 sudu makan sos tiram
1/2cawan kicap lemak manis
1sudu makan sos ikan
Sedikit air.
BAHAN KUAH:
6 ulas bawang putih
1 cawan isi ayam | hiris
1cawan isi daging | telah direbus dan hiris
1 cawan udang | buang kulit
1 sudu
makan sos ikan
2 biji telur
1 paket serbuk mee sup
3-4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji limau nipis | jus sahaja
3-4 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
Sayuran | cendawan hitam rendam hingga kembang dan gunting


Sedikit kailan, kobis cina, lobak merah dan cendawan inoki.

CARA MEMBUAT:

  1. Sediakan kuetiau, Panaskan kuali masukkan semua ketiau.
  2. Campurkan kicap, sos tiram dan sos ikan dengan sedikit air, kemudian tuang dalam kuetiau.
  3. Kacau rata atas api perlahan hingga semua bahan sebati. Tutup api, angkat dan ketepikan.
  4. Sediakan kuah: Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam, udang dan daging, kacau dan tambah air.
  6. Setelah mereneh, masukkan serbuk perasa mi sup, lobak merah, batang kailan.
  7. Perasakan dengan sos ikan, kacau dan biar mereneh. Baru masukkan cendawan hitam. Kacau lagi, kemudian masukkan pula cendawan hitam dan inoki.
  8. Pecahkan telur ke dalamnya, kacau perlahan.
  9. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mereneh.
  10. Tutup api, dan tuangkan kuah ke atas kuetiau tadi.
  11. Hidangkan cili potong yang digaul dengan sos ikan.

Kredit @resepiorangkita

Published by
webadmin