Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Irhana Canella ni antara yang boleh dicuba.
RESIPI KUIH BADAK BERENDAM YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
( Jumlah bahan-bahan diatas bergantung pada berapa banyak kuih yang anda ingin hasilkan.)
CARA MEMASAK:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan pewarna hingga menjadi doh yang tak melekat.
2. Cubit doh dan leperkan. Letak inti gula melaka dan bulatkan seperti buah melaka. Susun dalam bekas.
3. Bancuh santan bersama sedikit tepung beras dan sedikit garam. Ia bertujuan menaikan lagi rasa lemak santan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Sedang-sedang elok sahaja.
Ads
4. Tuang bancuhan santan ke dalam bekas berisi bebola tadi. Kukus hingga masak anggaran 15 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
6. Jika suka, anda juga boleh merebus bebola terlebih dahulu. Caranya, setelah bebola siap dibentuk, panaskan air dan masukkan bebola tadi. Masak hingga bebola timbul di permukaan air seperti menyediakan buah melaka.
7. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tuang santan dan kukus seperti langkah no 4.
Ads
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Irhana Canella
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Apam Balik. Makan panas-panas memang layan. Bagi anda yang nak cuba buat Apam Balik secara homemade, resipi mudah perkongsian saudari Raihan Mahat ni antara yang boleh dicuba. Nak buat nipis ke, tebal ke, kacang lebih ke, semua boleh. Satu adunan ni boleh dapat dalam empat keping Apam Balik. Memang puas hati.
RESIPI APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
Sedikit mentega atau marjerin untuk mengoles
BAHAN TABUR:
Kacang tanah kisar
Jangung manis dalam tin
Gula
Marjerin
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan soda bikarbonat, air dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati. 2. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi hingga semua bahan sebati. 3. Ambil kuali tak lekat dan oleskan sedikit marjerin. 4. Tuang 2 senduk adunan apam dan ratakan. Jika nipis, tambah lagi adunan. Jika tebal, kurangkan. Ikut cita rasa masing-masing. 5. Biar adunan seketika sehingga masak. Kemudian tabur gula, kacang dan jagung dengan secukupnya.
6. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan marjerin hingga rata. 7. Untuk memotong apam dengan mudah, lalukan pisau pada air. 8. Sedia untuk dinikmati.
Bagi yang pernah cuba membuat apam merekah ini, salah satu bahan yang digunakan adalah air soda. Tapi tanpa menggunakan air bikarbonat itu pun apam tetap menjadi, merekah dan elok gebu. Dikongsi oleh peniaga apam ini sendiri, bagi yang nak mencuba boleh guna resipi berikut.
Cara buat apam mekar tanpa air soda
Bahan-bahan
250gm/2 cawan tepung gandum
200gm/1 cawan gula
¾ cawan full cream susu penuh krim – anggaran. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila
Pewarna merah secukupnya
Bijan hitam secukupnya
Cara membuat
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sederhana. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas. Dalam masa yang sama isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus apam selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila apam sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan menghasilkan 23 biji apam bergantung pada saiz cawan kertas.
Tip apam mekar
-Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
-Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
-Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
-Jarakkan acuan Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
-Kukus dengan api paling besar.
-Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
-Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya apam dapat kembang dengan mudah.
Minum petang ni teringin pula kuih lama. Kebetulan ada stok labu baki dibuat gulai. Dari rosak begitu saja bagus juga dibuat bingka labu. Buat bingka labu ni senang saja sebab cara penyediaan hanya campur semua bahan dan kisar.
Bingka labu (saiz loyang 8 inci) Bahan-bahan: 2 cawan (500g) labu yang telah direbus dan dilenyek 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula 1 cawan (200ml) santan 1 cawan air 2 biji telur 2 sudu besar marjerin 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat: 1.Blend semua bahan sampai sebati. Oles loyang dengan minyak terlebih dahulu dan tuang adunan dalam loyang. 2.Tabur bijan yang telah disangai. 3.Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 30 minit. Tambah lagi 10 minit waktu membakar pada suhu 190 C api atas sahaja. Bahagian atas akan jadi lebih garing.
Siap untuk dihidang. Potong bila kuih dah sejuk. Kredit: Ain A.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.