Kuih bakar antara kuih tradisional yang masih disukai ramai. Meski dahulu cara membuatnya agak renyah menggunakan arang dari sabut kelapa untuk memberikan aroma wangi dan sedap, kini penyediaannya lebih mudah.
Selain dibakar guna oven atau dapur gas, untuk lebih pantas ia juga boleh dibakar menggunakan air fryer. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah ini hasil kuih bakar menggunakan air fryer ini memang menjadi dan sedap.
Cara buat kuih bakar guna air fryer
Ads
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
Ads
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut cita rasa)
Cara membuat
Blend semua bahan tadi sampai sebati dan masukkan dalam loyang (loyang airfryer tak perlu guna baking paper pun boleh sebab tak melekat pun).
2. Bancuhan ini akan dapat 2 biji kuih bakar. Masak dua kali ya.
3. Masukkan dalam airfryer suhu 170° masa 45 minit.
Ads
Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah akan mendap.
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Boko Ubi Kayuni. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Qaisara Qistina, beliau berkongsi satu resipi Lepat Boko Ubi yang cukup mudah. Resipi ini asalnya beliau guna untuk berniaga semasa PKP dahulu. Memang laris! Memang dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
RESIPI LEPAT BOKO UBI YANG SEDAP, MUDAH DIBUAT & DIJAMIN MENJADI
BAHAN-BAHAN: 2 cawan parutan ubi kayu 2 cawan gula merah – beli online disini 2 cawan air 1 sudu makan gula – beli online disini Daun pisang secukupnya
1.Satukan parutan ubi kayu, gula merah, air dan gula di dalam periuk. Masak hingga likat. Ketepikan. 2. Untuk bahangian putih, satukan semua bahan dan masak hingga agak likat. 3. Sudukan adunan parutan ubi di atas daun pisang. 4. Kemudian letakkan bahagian putih diatasnya.
5. Lipat daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Kukus Kuih Lepat Boko Ubi selama 20 minit.
7. Angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Salah satu kuih tradisi Melayu ialah kuih keria. Bentuknya seperti donat iaitu kuih bulat yang berlubang pada bahagian tengah. Namun ada juga yang membuat kuih keria bentul bebola dan ianya kelihatan menarik!
Jom kita tengok resipinya.
KUIH KERIA MONTEL
BAHAN-BAHAN
2 biji keledek putih (saiz besar)
3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
4 sudu besar gula
CARA MEMBUAT KUIH KERIA
1. Rebus keledek putih sehingga empuk dan lenyek ketika masih panas.
2. Kemudian satukan keledek yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan garam. Sebelum mengadun keledek bersama tepung, tunggu keledek sejuk sedikit.
3. Uli adunan sehingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi bulat-bulat kecil. Sapukan tepung pada tapak tangan supaya semasa membentuk, adunan tidak melekat.
5. Letak atas lapik yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
6. Setelah siap, panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana panasnya sehingga kuih keria kuning keemasan.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Biarkan sejuk.
Adunan keria siap dibulat-bulatkan.
CARA MENYALUT KUIH KERIA
1. Masukkan gula pasir dan air dalam kuali dan kacau sehingga gula pekat. Guna api sederhana.
2. Kemudian, masukkan keria dan gaul rata sehingga adunan gula tadi melekat sempurna.
3.Tutup api apabila gula hampir kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.
4. Hidang dan kuih keria sedia untuk dinikmati.
Keria yang telah siap disalut gula.Siap!
TIP: Kalau guna keledek oren, sila lebihkan kuantiti tepung gandum sebab keledek oren sangat lembut. Gula juga boleh digantikan dengan gula melaka.
Kuih cempiang atau ada juga yang menyebutnya campiang memang popular di Sabah. Sedap dimakan panas-panas, ia terkenal sebagai antara menu sarapan pagi yang sungguh lazat. Rupanya macam cinnamon rolls. Bahannya pun ringkas sahaja, apakata sekali sekala kita beralih selera dengan mencuba sendiri resipi kuih dari negeri di bawah bayu ini.
KUIH CEMPIANG
Foto : IG: twgram
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
Sepeket yis
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan gula (campurkan ke dalam secawan air suam sampai berbuih)
Bahan B :
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan majerin atau mentega
2 sudu makan susu tepung (gaulkan bersama)
Bahan inti doh :
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu serbuk rempah (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih kisar)
1 sudu besar air suam
CARA MEMASAK : 1. Biarkan 10 minit hingga bahan A berbuih. 2. Masukkan ke dalam bahan B danuli kejap sahaja sampai sebati.Rehatkan selama sejam untuk mengelakkan doh melekat pada tangan. 3.Selepas itu boleh uli dan canaikan doh. 4. Letakkan bancuhan kicap secara merata di atas doh, tetapi jangan sampai di bahagian tepi. 5. Gulung doh sehingga ke hujungnya. Kemudian potong anggaran 1.5 cm setiap satu. Kalau nak tebal boleh potong sehingga 2 cm atau lebih. 6.. Goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang banyak.
Foto : niemasrul@blogspot.com
Kredit: Chik Puan Meyanah via Masak Apa Hari Ni :Salamisimon1.blogspot.my