Kuih bakar antara kuih tradisional yang masih disukai ramai. Meski dahulu cara membuatnya agak renyah menggunakan arang dari sabut kelapa untuk memberikan aroma wangi dan sedap, kini penyediaannya lebih mudah.
Selain dibakar guna oven atau dapur gas, untuk lebih pantas ia juga boleh dibakar menggunakan air fryer. Mengikut resipi yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah
ini hasil kuih bakar menggunakan air fryer ini memang menjadi dan sedap.
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1 kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan Gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk bagi wangi (ikut cita rasa)
2. Bancuhan ini akan dapat 2 biji kuih bakar. Masak dua kali ya.
3. Masukkan dalam airfryer suhu 170° masa 45 minit.
Tip: Tunggu betul-betul sejuk baru potong sebab nanti bahagian tengah akan mendap.
Sumber: Tsu Feh Sufiah