Kuih muihMelayu memang pelbagai dan enak-enak belaka. Salah satu yang mudah dibuat adalah Kuih Bom atau juga dikenali sebagai Onde-Onde Bijan.Resipi perkongsian saudari Surainah Hussin ni nampak sedap dan senang. Malah menurut empunya resipinya juga, kuih ini memang lembut, sedap malah tidak liat walaupun sejuk. Nak cuba? Berikut adalah resipinya.
RESIPI KUIH BOM BIJAN / ONDE-ONDE BIJAN
BAHAN DOH:
Ads
500gm tepung pulut
1 cawan tepung gandum
3 biji ubi kentang (sederhana besar) – rebus & lenyek
1/2 cawan gula pasir halus
Air suam secukupnya
Bijan secukupnya
INTI: Pes kacang merah – boleh dibeli di kedai menjualan bahan bakeri
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat doh, campurkan semua bahan kering dan campurkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat di tangan.
2. Timbang doh seberat 30gm dan bulatkan inti seberat 10gm. Leperkan doh dan masukkan inti. Bulatkan. Buat hingga habis.
3. Golekkan doh ke dalam bekas berisi bijan dan susun dalam loyang yang disapu minyak. Rehatkan selama 15 minit.
Ads
4. Panaskan minyak dengan api perlahan dan masukkan kuih. Biar hingga kuih terapung barulah dikacau.
5. Besarkan sedikit api dan kacau sekali sekala supaya kuih dapat masak dengan sekata.
6. Setelah kuih garing dan kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum dinikmati.
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Nak makan pisang goreng tapi dalam masa yang sama sedang amalkan pemakanan sihat, nak kurangkan minyak. Jangan tahan selera, kita boleh saja menikmati pisang goreng tapi cuba goreng gunakan air fryer
Pisang goreng hasil dari air fryer ini tetap sedap dan rangup asalkan ikut cara yang dikongsi Eniza M.Salim. Untuk mendapatkan hasil pisang goreng yang rangup, rahsianya ialah menggolekkan pisang dengan serbuk roti.
Goreng pisang guna air fryer, nak rangup guna cara ini
Bahan-bahan:
Pisang (pisang abu atau pisang nipah)
Tepung pisang goreng segera
Air
Serbuk roti
Minyak (untuk disemburkan pada pisang)
Cara masak guna air fryer
Kupas pisang yang ingin dimasak.
2. Bancuh tepung pisang goreng segera bersama sedikit air. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.
3. Masukkan pisang ke dalam adunan bancuhan tepung kemudiaan golek-golekkan atas serbuk roti.
4. Susun dalam air fryer. Semburkan minyak. Hidupkan air fryer.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Sembur minyak untuk dapatkan hasil yang moist garing.
6. Tambah lagi 5 minit selepas terbalikkan pisang. Siap untuk dihidangkan. Memang rangup krup krap bila makan.