Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi

Share

Waktu petang begini, memang sedap kalau dapat menikmati Kuih Cakoi panas-panas. Rangup diluar, gebu dan lembut di dalam. Memang tak puas dimakan. Bagi yang suka rasa manis, boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard. Memang nikmat! Ada yang nak cuba buat Cakoi yang enak ni? Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Sha Roziah Al Yahya ni. Sangat mudah dan pasti menjadi.

 

RESIPI KUIH CAKOI & KUAH PANDAN MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung, yis, baking powder, minyak, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul hingga jadi sebati semua.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh. Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.

3. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.

4. Perap doh tadi hingga naik 2 kali ganda dari saiz asal.

5. Untuk menggoreng, tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

6. Bila Cakoi sudah garing dan keperangan, angkat dan toskan minyaknya.

KUAH PANDAN (ALA KAYA CAKOI)

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1. Masuk semua bahan ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. Sentiasa kacau hingga sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.

2. Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi

 

Kredit resipi & foto: Sha Roziah Al Yahya

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur