Makan

Cara Buat Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur

Share

Teringin nak buat kuih cara manis tapi tiada telur atau santan di dapur. Usah kempunan, kita tetap boleh membuatnya tanpa dua bahan ini. Caranya boleh guna resipi Aida Bani

.

Cara buat kuih cara manis tanpa santan dan telur

Bahan-bahan

Dua cawan tepung gandum
Dua cawan air pandan
Secubit garam
Satu sudu kecil minyak masak
Pewarna hijau sikit

Bahan inti

Gula secukupnya

Cara memasak

1. Satukan semua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.

2. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah disapu dengan minyak atas dapur.
Kecilkan api.

3. Tuang adunan kuih cara, kemudian bubuh gula di tengah-tengah.

4. Tutup acuan guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.

Kredit resipi & foto: Aida Bani

 

Published by
Rose