Kuih tradisional memang sangat enak dan punya kelompok peminatnya yang tersendiri tidak kira tua atau muda. Khusus buat penggemar Kuih Dangai Kukus harus cuba resipi perkongsian saudari Zailina Wanaman ini. Sangat mudah, tidak menggunakan banyak bahan. Pendek kata kalau pertama kali mencubanya pun pasti elok hasilnya. Bahan-bahannya hanya lima. Kebanyakannya memang sedia ada di dapur masing-masing. Penambahan gula melaka di tengahnya, menambahkan lagi keenakan kuih ini. Sekali cuba memang puas la makan. Malah kalau dibeli pun, rasa juga berbeza. Jadi jomlah cuba buat sendiri! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH DANGAI KUKUS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula pasir – beli online disini
Gula Melaka @ gula merah secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk kecuali gula melaka @ gula merah. Gaul sebati.
2. Masukkan campuran ke dalam acuan Kuih Lompang. Tekan-tekan manja sedikit adunan.
3. Buatkan lubang kecil di tengahnya dengan menggunakan jari dan isi gula melaka @ gula merah dengan secukupnya.
3. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain. Ia bertujuan supaya air tidak menitis pada kuih ketika dimasak.
4. Kukus Kuih Dangai selama 15 minit. Siap dan bila sedikit sejuk, bolehlah dikeluarkan dari acuan.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zailina Wanaman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official