Kuih Gunting ini memang ralit kalau makan, rasanya yang pedas dan masin-masin boleh buat kita tak sedar dah makan setengah balang.
Kuih sebegini selalunya lebih digemari oleh tetamu berbanding biskut yang manis-manis. Jadi berbaloi sangat jika menyediakan sendiri, tambah lagi bahan yang digunakan juga mudah dan murah saja.
Dikongsi oleh Norzaiha Razali, boleh gunakan resipi yang digunakan sejak 10 tahun lalu untuk membuat kuih gunting ini. Tapi untuk dapatkan bentuk yang cantik katanya ada teknik yang perlu diikuti.
Resipi kuih gunting
Ads
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu rempah kari
Daun kari hiris halus
1 sudu Planta -dipanaskan dengan sedikit minyak
1 biji telur
Garam sekucupnya
Air sejuk dalam peti ais
Ads
Cara membuat:
1. Dalam bekas satukan kesemua bahan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sebati.
3. Pecahkan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses menggunting.
4. Ini cara menggunting, bila digunting begini bentuknya akan jadi elok seakan sampan.
5. Kemudian goreng kuih yang siap digunting dengan api yang kecil.
Kuih gunting yang siap digoreng. Goreng dengan api perlahan.
TIP: Untuk rasa lebih sedap, tambah udang kering yang dikisar dalam adunan.
Menu ni kalau buat gerenti anak-anak suka.Ia mudah, cepat dan anak-anak pasti akan makan.Nutrisi pun boleh kata seimbang. Kalau nak sihat lagi, gunakan ayam tidak terproses.Bila makan rangup nugget bersatu dengan timun dan kulit wrap pun sedikit rangup, memang puas hati makan. Dalam tetap juicy.Wrap ni tak mudah terburai.
Syaratnya isi jangan basah sangat dan ikuti tip yang dikongsi.Ini tip macam mana nak elak wrap terburai.
Wrap Nuget Ayam
Bahan-bahan: 2 orang makan
2 keping kulit wrap
4 biji nugget Ayam
1 batang timun kecil
4 biji tomato ceri
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mentega kacang
Cara membuat:
1.Nugget ni kita masak dalam airfryer sahaja. 5-10 minit suhu 180-200°C,
terbalikkan, dan ulang satu pusingan lagi. Agak-agak sampai nugget tu benar-benar masak.
2.Sementara nak tunggu nugget masak, kita potong sayur-sayuran.Sayur yang lazimnya saya letak adalah timun, tomato, romaine lettuce, kerana sayuran ni tak pahit.Anak-anak akan makan.
3.Nugget ayam yang dah masak perlu di potong dadu atau jejari macam ni. Kalau tak potong sukar nak balut wrap kita nanti.
4.Sapukan mentega kacang. Saya letak mentega kacang agar nanti sayur dan nugget tu tak mudah jatuh semasa hendak dimakan.Isi akan melekat pada wrap. Itu trik agar makan dan berkecah.
5.Susun cebisan nugget dan sayur-sayuran di atas mentega kacang.InsyaAllah masa balut pun nanti, isi wrap ni akan duduk diam, tak menggelongsor ke sana ke mari.
6.Letak mayonis dan sos cili. Kalau ada sos keju, boleh letak.Kalau nak letak gajah pun pun dipersilakan. Kalian yang nak makan,kan? Letaklah apa yang kalian suka.
7.OK balut. Calit sedikit hujung wrap tu dengan mentega kacang sebagai pelekat.
8.OK, belum siap. Ada lagi langkah yang kita belum buat. Kalau makan sekarang,
kulit wrap ni masih mudah terburai keluar isi perut dia. Jadi kita lakukan langkah kontigensi.
9.Masukkan semula dalam airfryer. Pastikan bahagian yang bertindih tu, menghadap ke bawah.Kalau hadap atas, masa kita airfry, dia akan ternganga. Airfry 200°C untuk 3-4 minit.
10.Terbalikkan. Ulang lagi 3-4 minit atau sampai ada kerangupan sedikit pada kulit wrap.
Bila dah rangup sikit, maka ia tak akan terbuka dah. Bentuk dia dah tetap.
11.Dah siap. Saya ada tambah sedikit lagi sayur dan sos itu atas bukaan wrap tadi supaya lebih penuh,meriah dan menyelerakan. Hidanglah dengan apa-apa sos kesukaan kalian. (Jangan sos tiram)
Bagi anda yang biasa menonton drama Barat atau Korea, pasti pernah melihat menu Corndog ni. Ia merupakan sajian yang dibuat menggunakan sosejdan keju yang dicelup dalam bancuhan tepung dan disalut bersama serbuk roti serta digoreng rangup. Rasanya memang sedap. Nak cuba? Resipi snek ala Corndog perkongsian saudari Nuraimi Amy ni boleh dicuba.
CARA MEMASAK: 1. Potong sosej kepada dua bahagian dan potong keju mozarella menjadi bentuk dadu.
2. Ambil lidi sate kemudian cucuk keju mozarella berselang seli dengan sosej. 3. Balut keju tadi menggunakan roti dan keju cheddar yang telah dipotong dua. 4. Balut dengan kemas. Lakukan hingga habis @ mengikut kuantiti yang anda suka. 5. Bancuh Tepung Goreng Serbaguna dalam gelas tinggi supaya mudah dicelup. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. 6. Salut roti tadi menggunakan serbuk roti hingga rata. 7. Rupa Corndog yang telah siap untuk digoreng. 8. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng hingga keemasan. 9. Sedia untuk dinikmati. Snek ini enak dinikmati panas-panas. Kredit resipi & foto: Nuraimi Amy
CARA-CARA: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan udang kering kisar sehingga naik wangi. 2. Masukkan chili flakes, kacau rata. Apabila dah garing, masukkan garam, gula dan minyak bijan. Kacau lagi. Siap.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.