Makan

Cara Buat Kuih Gunting Yang Sedap, Ralit Makan. Guna Tip Ini Supaya Kerja Menggunting Cepat Siap

Share

Kuih Gunting ini memang ralit kalau makan, rasanya yang pedas dan masin-masin boleh buat kita tak sedar dah makan setengah balang.

Kuih sebegini selalunya lebih digemari oleh tetamu berbanding biskut yang manis-manis. Jadi berbaloi sangat jika menyediakan sendiri, tambah lagi bahan yang digunakan juga mudah dan murah saja.

Dikongsi oleh Norzaiha Razali, boleh gunakan resipi yang digunakan sejak 10 tahun lalu untuk membuat kuih gunting ini. Tapi untuk dapatkan bentuk yang cantik katanya ada teknik yang perlu diikuti.

Resipi kuih gunting

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 sudu rempah kari
Daun kari hiris halus
1 sudu Planta -dipanaskan dengan sedikit minyak
1 biji telur
Garam sekucupnya
Air sejuk dalam peti ais

Cara membuat:
1. Dalam bekas satukan kesemua bahan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sebati.

 

3. Pecahkan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses menggunting.
4. Ini cara menggunting, bila digunting begini bentuknya akan jadi elok seakan sampan.
5. Kemudian goreng kuih yang siap digunting dengan api yang kecil.
Kuih gunting yang siap digoreng. Goreng dengan api perlahan.

TIP: Untuk rasa lebih sedap, tambah udang kering yang dikisar dalam adunan.

Sumber/Foto : Norzaiha Razali

 

 

Published by
Rose