Sedapnya Kuih Kasturi. Rupanya nak buat kuih ini mudah sahaja. Bahan-bahannya sangat ringkas. Ada yang suka makan? Kalau tepung salut tu garing dan rangup, lagi nikmati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sri Sarimah Helsy ni. Pasti puas hati.
1.Rendam kacang hijau selama 3-4 jam. Kemudian rebus hingga empuk.
2. Bila kacang sudah empuk, masukkan daun pandan, gula secukupnya dan juga sedikit garam. Gaul dan kacau hingga kering. Angkat dan sejukkan.
3. Jika suka, boleh juga tambahkan kelapa parut. Ada juga yang menambah tepung gandum (empunya resipi guna gula sahaja). 4. Bila adunan kacang telah sejuk, bentukkan menjadi kepingan. Boleh bentuk guna tangan atau cetak guna acuan.
5. Untuk membuat bancuhan tepung, cairkan marjerin dengan memasukkan bekas ke dalam air panas. 6. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Jumlah air agak-agak sahaja. Adun sebati. 7. Ambil kepingan kacang tadi dan celup ke dalam bancuhan tepung. Masukkan terus ke dalam kuali berisi minyak panas dan goreng hingga kekuningan.
8. Angkat dan toskan minyak. Kuih Kasturi sedia untuk dinikmati.
Fuchuk goreng berinti atau Fried Fuchuk Roll ni memang penuh khasiat. Inti yang sama ni boleh aje jadi inti popia sebenarnya.
.
Tapi inti sedap campuran ayam dan ikan cincang makin berganda sedapnya bila digulung atau dilipat dalam tauhu kering atau perut tauhu ini. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Ria Razali ni.
FU CHUK GORENG BERINTI
.
BAHAN-BAHAN :
.
500gm isi ayam cincang
250gm isi udang cincang
1 biji telur A
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk 5 rempah (5 spice powder)
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 cawan daun bawang cincang
1/2 cawan cendawan hitam – cincang (black fungus)
1/2 cawan sengkuang cincang
2 sudu besar tepung jagung
10 keping Fucuk – rendam sebentar bila boleh di lentur, potong kepada 2 atau 3 bahagian. *Toskan di atas kain dapur, usah rendam terlalu lama
Pelekat : 2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)
.
CARA MEMASAK : 1. Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung, sos,minyak bijan dan garam. Gaul hingga sebati. 2. Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1sm bahagian tepi untuk mengulung. 3. Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan. Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.
.
4. Buat hingga habis. Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit. 5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. 6. Hidang bersama sos cili.
Kredit : Ria Razali FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang ya mat ni. Yang penting suami dan adik-adik kata sedap. First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Bagi penggemar karipap, resipi karipap gergasi perkongsian saudari Liyana Ahmat ni pastinya wajib dicuba. Nampak sedap malah ia juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang banyak. Jadi bolehlah cuba buat untuk anak-anak. Pasti laris.
RESIPI KARIPAP GERGASI INTI TELUR
BAHAN DOH:
1kg tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
½ cawan minyak masak
3 sudu makan marjerin
Sedikit air – bancuh dengan garam secukupnya
BAHAN INTI:
Telur
Bawang secukupnya
Daun sup secukupnya
Lada sulah berperisa secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras. Gaul.
2. Panaskan minyak dan marjerin. Kemudian tuang ke dalam bekas tepung tadi. Uli dan masukkan air bergaram sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Perap doh selama 1 jam.
3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil. Leperkan doh dan letak dalam pinggan supaya telur tidak melimpah.
4. Pecahkan telur dan tabur bawang, daun sup serta lada sulah berperisa jika suka.
5. Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas supaya intinya tidak terkeluar.
6. Goreng dalam minyak panas Biar dalam 5 saat dan terbalikkan supaya bentuk karipap menjadi cantik dan tidak bengkok.
7. Masak guna api perlahan sehingga masak. Tanda inti karipap dah masak ialah apabila ia menjadi ringan. Angkat dan enak dinikmati bersama sos.
8. Jika nak buat karipap yang kembung, pukul telur, bawang, cili dan daun sup seperti membuat telur dadar sebelum dimasukkan ke dalam doh. Hasilnya karipap akan jadi kembung.