Cara Buat Kuih Keria Elok Bersira. Makan Sebiji Memang Tak Cukup!

Share

Anda suka makan Kuih Keria? Apa kata cuba resipi yang perkongsian saudari Siti Husni ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Katanya terinspirasi dari tengok ‘live’ MUA Bellaz buat kuih ni. Maka jadilah yang sedap ini. Pasti puas hati bila dapat makan makanan yang diidam ni. Bila buat sendiri, rasa pun lebih puas. Jom lah cuba buat puan-puan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI KUIH KERIA SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN KERIA:
1kg ubi keledek oren
2 cawan tepung gandum beli online disini


1 sudu besar tepung beras beli online disini
1/2 sudu marjerin/planta  beli online disini
1 sudu kecil garam beli online disini

BAHAN SIRA GULA:
1 cawan gula beli online disini
1 cawan air

CARA MEMASAK:
1. Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudia lenyekkan.


2. Masuk semua bahan-bahan lain ke dalam bekas keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.


3. Sapu tangan dengan minyak kemudian bulat-bulatkan doh keria tadi. Kemudian tekan buat lubang ditengah-tengah seperti membuat donut.


4. Buat sehingga adunan kuih keria habis.


5. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana besar, kemudian goreng keria sampai nampak warna kuning keemasan.


6. Angkat dan toskan.


7. Untuk membuat sira gula, masuk semua bahan ke dalam kuali. Masak guna api sederhana hingga mendidih dan berbuih.


8. Kacau gula sampai pekat dan bertali. Kemudian tutup api.


9. Masuk Kuih Keria tadi. Gaul cepat-cepat supaya sira gula bersalut rata pada semua bahagian Kuih Keria.


10. Teruskan menggaul sampai gula tadi kering dan nampak kepingan putih gula bersalut pada Kuih Keria. Siap untuk dinikmati.

NOTA: Jangan tutup bekas Kuih Keria yang sudah disalut dengan gula masa tengah panas ye nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

Kredit resipi & foto: Siti Husni

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur