Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Sedap Asli, Resipi Dijamin Menjadi

Share

Anda suka makan Kuih Keria Gula Melaka? Apa kata cuba resipi yang perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Memang sedap dan lembut je bila dimakan. Pasti puas hati bila dapat makan makanan yang diidam ni. Bila buat sendiri, rasa pun lebih puas. Jom lah cuba buat puan-puan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI KUIH KERIA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN (timbang guna penimbang digital):

CARA MEMASAK:

1.Kukus atau rebus ubi keledek hingga empuk. Toskan dalam penapis dan biarkan sejuk.

2.Lecekkan ubi guna anak lesung batu hingga hancur.

3.Masukkan mentega, garam, tepung gandum, tepung beras dan baking powder dalam ubi yang dilecek. Uli sebati.

4.Jika melekat, jangan tambah tepung dalam doh. Hanya perlu basuh tangan, lap hingga kering dan sapu tepung atau sedikit minyak pada tangan.

5.Timbang doh 35gm, bulat-bulatkan dan buat lubang guna chopstik atau jari.

6.Bila sudah siap bolehlah digoreng hingga garing. Angkat dan toskan.

BAHAN SIRA:

  • 100-150gm gula melaka ketul
  • 30gm gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1.Cairkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air hingga likat. Pastikan guna api perlahan.

2. Apabila sudah berbuih-buih likat, pekat tidak bertali, bolehlah masukkan keria (masa ni guna api paling perlahan) dan pastikan semua keria bersalut air gula. Tutup api.

3. Alihkan dalam talam, jangan tindih. Sedia untuk dinikmati apabila sudah sejuk.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur