Cara Buat Kuih Lepat Jagung Paling Sedap & Mudah.

Share

Salah satu kuih muih Melayu yang digemari ramai. Lepat Jagung ni memang sedap. Manis, lemak dan ada rasa jagung segar. Uniknya, kuih ini dibungkus menggunakan kulit jagung. Memang ‘rare’. Tapi jangan risau, jika tiada kulit jagung tu, boleh je guna daun pisang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mas Cotek

ni. Anda pasti sukakan rasanya.

 

RESIPI LEPAT JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 tongkol jagung – disagat
  • 1 tongkol jagung – dihiris
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan santan pekat

 

BAHAN MEMBUNGKUS:

  • Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.

2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.

3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.

4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Mas Cotek  

 

Published by
Nur