
Kuih Lepat Labu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan labu – rebus dahulu labu hingga lembut kemudian baru disukat
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 3 ½ sudu makan gula
- Secubit garam
- Santan pekat – jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat
- Daun pisang secukupnya – bersih & layurkan
BAHAN INTI:
- Kelapa putih parut
- Manisan @ gula melaka secukupnya
- Sedikit air
- Secubit garam
- 1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering.
2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.
3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur.
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang.
5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.

7. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Asma Mohamed
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Resipi Lauk Pauk Yang Sesuai Dinikmati Bersama Ketupat & Lemang.

Sepanjang bulan Syawal, di sana sini orang mengadakan rumah terbuka. Bagi tuan rumah, rasa pening juga memikirkan menu yang hendak dihidangkan untuk para tetamu. Untuk sajian lemang & ketupat, biasanya dimakan dengan rendang kan? Tapi jika tak sempat buat, ni ada 5 menu lain yang sangat dihidangkan dengan juadah ni. Memang sedap! Selamat mencuba!
1. AYAM BALADO PADANG

BAHAN-BAHAN A:
- 500ml air
- 1 ekor ayam | potong kecil
- 2 helai daun salam
- 2 batang serai | dititik
- 3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 1 sudu makan ketumbar
- 3cm halia
- 1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah
- 1 biji tomato
- 3 sudu makan air asam
- 1 sudu teh gula
- ½ sudu teh garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
- Angkat ayam dari periuk.
- Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
- Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
2. DAGING KASTURI BERCILI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 cawan santan
- 3 batang serai muda | ketuk
- 3 helai daun limau purut | siat
- 4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 10 biji cili merah
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
- Masukkan serai dan daun limau purut.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
3. DAGING TETEL SAMBAL BERKACANG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang tanah | goreng dan kisar kasar
- 300gm daging tetel | rebus empuk dan potong kecil
- 1 cawan air rebusan daging tetel
- 4 sudu makan cili kisar
- 12 ulas bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm belacan
- 3cm lengkuas | ketuk
- 2 batang serai | ketuk
- 2 sudu makan udang kering | kisar
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula merah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar (kecuali kacang tanah) hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, serai, lengkuas dan belacan. Tumis hingga cili benar-benar masak.
- Masukkan daging tetel dan kacang tanah yang dikisar kasar. Tambah air rebusan daging dan didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah air asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa.
- Didihkan lagi beberapa minit lagi hingga terbit minyak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
4. KAMBING MASALA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging kambing | potong kecil & rebus empuk
- 1 cawan air rebusan daging kambing
- 400ml santan pekat
- 100ml tairu/yogurt
- 2 biji tomato | dadu kecil
- 1 biji bawang besar | dadu kasar
- 6 ulas bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu makan serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk buah pala
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B bersama daun kari hingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan kisar, bawang besar dan tomato lalu tumis lagi beberapa minit.
- Masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk paprika, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk buah pala dan garam masala. Tambah tomato puri dan satu cawan air rebusan daging. Didihkan hingga semua rempah masak.
- Masukkan daging kambing yang telah direbus, santan, tairu/yogurt dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dankuah menjadi pekat.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmti.
5. SAMBAL TAHUN KERANG

BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan pekat
- 500gm isi kerang
- 300gm lengkuas muda | hiris nipis
- 100gm ikan bilis
- 20 tangkai cili padi
- 10 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
- Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air. Didihkan hingga lengkuas empuk.
- Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi Kuih Tepung Puli. Manisan Tradisi Orang Melaka Yang Sangat Sedap.

Pernah cuba Kuih Tepung Puli? Rupanya seakan laksam namun mempunyai rasa lebih lemak dan manis. Katanya kuih ini adalah kuih tradisional orang Melaka tetapi sekarang boleh juga dikatakan susah untuk jumpa peniaga yang menjual kuih tradisi ni. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri, saudari Hairunniza Ahmad ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
KUIH TEPUNG PULI
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus tepung pulut (500gm)
- 2 1/2 cawan tepung sagu
- 5 cawan santan
- 2 cawan gula pasir – kurangkan jumlah jika tak suka manis
- Pewarna pilihan
- Daun pisang secukupnya – dilayurkan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung pulut bersama tepung sagu. Adun rata dan ketepikan.
2. Masak santan dan gula pasir hingga larut. Padam api dan biarkan sejuk.
3. Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran tepung pulut dan tepung sagu. Adun hingga rata dan tidak berketul.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal dan satu lagi ditambah pewarna.
5. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.
6. Tuang satu senduk adunan. Ratakan dan masak selama 5 minit.
7. Kemudian tuang satu senduk lagi adunan berlainan. Biarkan masak.

8. Gulung kuih dengan kemas dan pindahkan ke atas daun pisang. Gulung kemas sekali lagi.



9. Setelah sejuk, Kuih Tepung Puli boleh dipotong dan dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Hairunniza Ahmad
Goreng Isi Ayam & Tambah Sambal Kicap. Ini Rahsia Bihun Sup Jadi Lebih Sedap

Sedapnya Bihun Sup perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah. Bagi anda yang tercari-cari resipi bihun sup mudah, sedap dan mengenyangkan, resipi ni antara yang boleh dicuba. Rupanya ada petua untuk menikmati semangkuk bihun sup yang enak. Selain penggunaan bahan-bahan yang berkualiti, ada penambah rasa sampingan yang perlu anda tambah. Pastikan ada sambal kicap. Ha..Barulah lebih nikmat. Resipinya juga ada di bawah ya. Pasti puas hati.
RESIPI BIHUN SUP MUDAH, RINGKAS & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1/2 bungkus bihun – beli online disini
- Sedikit serbuk kunyit – beli online disini
- Sawi secukupnya – potong
- Tauge secukupnya – celur
- Bebola ikan secukupnya – celur
- Hirisan daun sup secukupnya
- Bawang goreng secukupnya
BAHAN KUAH SUP:
- 4 ketul isi ayam
- Kaki dan leher ayam secukupnya
- 1 bunjut sup
- Air secukupnya
- 1 kiub pati ayam – beli online disini
- Garam secukup rasa
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sup, masukkan isi, kaki dan leher ayam ke dalam periuk.
2. Penuhkan air dan masukkan sup bunjut. Biar kuah mendidih perlahan.
3. Perasakan dengan kiub pati ayam serta garam secukupnya.
4. Bila kuah sudah berperisa dan masak sempurna, keluarkan isi ayam dan sup bunjut.

5. Panaskan minyak dan goreng isi ayam yang dikeluarkan tadi hingga kekuningan. Carik-carikkan isinya. Ketepikan.

6. Dalam periuk lain, didihkan air dan celur bebola ikan. Angkat dan ketepikan.
7. Seterusnya, celur sawi seketika. Angkat dan rendam dalam air sejuk bagi mengekalkan warna serta kerangupannya. Toskan.

8. Kemudian celur bihun dalam air yang ditambah sedikit serbuk kunyit. Bila lembut, tapis airnya dan lalukan di bawah air. Toskan.

9. Untuk menikmati Bihun Sup, masukkan bihun, kuah dan lengkapkan dengan isi ayam, fishball serta sayur. Tabur dan sup serta bawang goreng.
10. Untuk rasa lebih sedap, nikmati Bihun Sup bersama Sambal Kicap dan perahan jus limau.

BAHAN SAMBAL KICAP:

- 1 genggam cili padi hijau – dipatah-patahkan
- 4 ulas bawang putih – beli online disini
- Kicap lemak manis secukupnya – beli online disini
- Sedikit kicap pekat – beli online disini
- Sedikit kicap cair – beli online disini
- Sedikit gula – beli online disini
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Goreng cili padi hijau dan bawang putih seketika. Masukkan ke dalam bekas pengisar.
2. Tambahkan kicap lemak manis hingga menutupi paras cili padi dan bawang.
3. Masukkan juga sedikit kicap cair, kicap pekat, sedikit gula dan secubit garam. Kisar lumat.
4. Tuang dalam mangkuk dan nikmati bersama Bihun Sup.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

