Pernah makan Kuih Lepat Liat Kampung? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis. 2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).
3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. 5. Letak kelapa putih di atas adunan.
6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.
Apam susu jagung
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir
Cara memasak:
1.Campur semua bahan.
2.Pukul sebati.
3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.
Rempeyek salah satu kudapan popular di kalangan orang Malaysia, biarapun terdapat pelbagai jenis rempeyek, apa yang penting rempeyek mestikan rangup dan sedap. Kalau korang pernah cuba buat sendiri tetapi hasil kejadiannya kurang rangup, jangan putus asa, ini ada tip yang mudah dan boleh korang cuba supaya kali ini rempeyek yang korang buat bukan hanya rangup tetapi sedap juga. Silap gaya boleh buat bisnes.
Ini Bahan-Bahan Campurannya:
Rempah ratus asas yang biasa digunakan untuk rempeyek adalah ketumbar, bawang putih, buah keras dan garam. Apapun semuanya bergantung pada cita rasa korang sendiri.
Cara Bancuh Adunan:
Tepung dan bahan cair seperti santan mesti disesuaikan mengikut sukatan. Jika adunan terlalu cair, rempeyek akan menjadi terlalu nipis dan mudah hancur. Sebaliknya jika terlalu pekat ia akan menjadikan rempeyek keras dan dan tebal. Sebab itu bahan adunan perlu ada ukuran yang betul.
Jenis Isian:
Isian rempeyek yang biasa digunakan adalah kacang tanah, kacang hijau dan kacang dhal. Jika menggunakan kacang dhal dan hijau, sebaiknya rendam semalaman sebelum digunakan untuk memudahkan ia garing dan rangup. Untuk kacang tanah, korang boleh goreng sangai atau dibakar separuh masak.
Selain itu semasa menggoreng korang perlu perhatikan api yang digunakan, jangan terlalu kecil atau besar, jika terlalu kecil rempeyek berminyak dan kurang rangup. Kalau api terlalu besar rempeyek mudah hangus dan isinya belum masak sepenuhnya.
Campuran Tepung Digunakan:
Walaupun bahan utama rempeyek adalah tepung beras dan santan, tetapi untuk mendapatkan kerangupan tambahan sedikit tepung ubi atau sagu juga boleh korang campurkan. Dengan mencampurkan sedikit tepung ini, rempeyek korang akan menjadi rangup dan lebih sedap.
Jumlah Isian:
Korang boleh gunakan isian satu jenis atau lebih dari satu jenis isian. Contoh rempeyek ikan bilis dengan kacang tanah.
Cara Memasukkan Isian:
Untuk mencampurkan isian, sebaiknya campurkan sedikit demi sedikit, tujuannya untuk mengelakkan isian lemau dan masak tidak sekata dengan adunan tepung.
Cara Tuang Adunan:
Semasa menuang adunan, cara paling baik ada dengan tuangkan di tepi kuali. Jangan sesekali main tuang je ye. Cara ini akan menjadikan rempeyek nipis sekata. Sesekali siram rempeyek yang ada di tepi kuali dengan minyak supaya tak lekat di tepi kuali dan masukkan ke dalam minyak dengan elok tanpa bertaburan isiannya.
Cara Menggoreng:
Sangat digalakkan korang menggunakan kuali bulat melengkung, jika ingin menggoreng dalam jumlah yang banyak, lebih guna kuali lebih besar dan menggunakan lebih banyak minyak untuk menggoreng. Jika menggunakan kuali kecil, tidak ada masalah tetapi semasa menuang adunan sebaiknya kuali itu disengetkan sendikit supaya aduan yang dituang lebih lebar dan nipis. Tetapi kalau menggunakan kuali leper non stick, jangan tuang terlalu banyak kemudian goyang-goyangkan supaya adunan merata dengan nipis.
Selepas diangkat, toskan menggunakan penapis, jika tidak minyak tersebut akan menyebabkan rempeyek lemau dan berbau tengik bila disimpan lama. Untuk menyimpan rempeyek agar tahan lama dan kekal rangup, sebaiknya masukkan rempeyek dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
Petang-petang begini, kalau dapat makan Cucur Udang yang lembut, gebu dan garing dekat luar ni memang sedap. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Fuhhh…Menyandar la juga. Bagi yang tak ada idea nak makan apa, bolehlah cuba resipi Cucur Udang yang min kongsi ni. Resipi simple je. Tapi rasa dia memang best!
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
300gm udang kecil
2 biji bawang besar |dihiris
1 ikat kucai |dihiris
1/4 biji lobak merah |dihiris nipis
1 putih telur
1/4 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air dan minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata.
Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
Balikkan cucur dan goreng hingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira