Pernah makan Kuih Lepat Liat Kampung? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut – beli online di sini
200gm gula merah – beli online di sini
100gm gula pasir – beli online di sini
2 sudu cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun pisang
CARA MEMBUAT:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis.
2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).
Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official