Cara Buat Kuih Lompang Labu Kuning Yang Lembut & Sedap.

Share

Sedapnya Kuih Lompang Labu Kuning ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan minum petang. Biasanya labu ni kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ni. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincof

fee ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI KUIH LOMPANG LABU KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm labu – kukus
  • 125gm tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 150gm gula
  • 125ml air
  • Kelapa parut secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
  2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
  3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
  4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan Kuih Lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya.

Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee

Published by
Nur