Sedapnya Kuih Lopes ni. Makan pula dengan air gula melaka yang pekat, memang sangat nikmat. Sekeping, dua keping, sekejap sahaja suap masuk ke mulut.
Kuih tradisional ini digemari ramai namun tidak semua sanggup untuk membuatnya dek kerana proses memasaknya yang agak renyah dimana dimana pulutnya perlu direndm dan dimasak terlebih dahulu. Agak mengambil masa.
Jangan risau, menerusi resipi perkongsian saudari Myra Chaqkey, beliau kongsikan cara-cara membuat Kuih Lopes Gula Melaka versi ekspress yang sangat cepat dan mudah. Rasanya tetap sedap! Jom cuba. Anda pasti suka.
RESIPI KUIH LOPES GULA MELAKA YANG SANGAT MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat air gula melaka, masukkan gula melaka, daun pandan dan air dengan secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga gula larut serta mencapai kepekatan yang anda suka. Angkat dan ketepikan.
2.Dalam periuk berlainan, satukan air, pek beras pulut, serbuk santan (sedia ada dalam pek lemang), daun pandan, garam secukup rasa dan sedikit santan kotak.
3.Sebatikan semua bahan dan rebus selama 45 minit hingga air hampir kering.
4.Angkat dan letak dalam tapis untuk tiriskan airnya.
5.Lemang yang telah siap direbus. Sejukkan sebentar.
6.Potong pulut tadi dan salutkan dengan kelapa parut.
Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.
1. PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja
Bahan pulut :
100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
Masak hingga gula larut.
Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2. KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK :
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
3. KUIH ABUK -ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
4. KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
5. KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHANNYA:
1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar rata gula
1/2 camca teh garam
Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
Daun pisang secukupnya
Pisang nangka (atau apa shj yg sedap)
CARA MEMASAKYA 🙂
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental.
3. Kemudian matikan api. Biar suam.
Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam semalaman)
1 liter santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
Minyak masak untuk menumis
2 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
50 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 sudu makan cili boh
½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
1 batang serai (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
1 cm halia (kisar)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
CARA MEMASAK :
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.
Suka makan Sardin Roll @ Sardin Gulung? Ini ada resipi yang mudah untuk anda cuba perkongsian saudari Ellyna Abdul Aziz. Dengan resipi ni, anda boleh buat stok kuih sejukbeku. Bila rasa nak makan, goreng je. Selamat mencuba!
SARDIN ROLL HOMEMADE FROZEN
BAHAN PASTRY:
4 cawan tepung
1 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam *campur semua
1/4 cawan minyak
2 sudu makan penuh majerin *panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh)
CARA MEMASAK:
1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul hingga jadi seakan serbuk roti.
2. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh anggaran masa dalam 5 minit. Bulatkan doh.
2. Bulatkan doh. Tidak mengapa jika permukaan doh tak licin. Rehatkan selama 15 minit dan tutup permukaan bekas dengan kain lembap bagi elak doh kering.
3. Sebelum letak inti, uli kembali doh selamat dua minit. Waktu ni permukaan doh akan menjadi licin.
4. Ambil doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz Sardin Roll yang diingini.
5. Kemudian bentukkan doh bentuk bulat bujur seperti buah “pear”. Seterusnya canaikan seperti bentuk dalam gambar dibawah.
6. Untuk bahagian hujung yang tirus, nipiskan sedikit doh. Fungsinya, bila gulung doh nanti tidak perlu letak air untuk lekatkan doh. *(pilihan tip) boleh tambah 1 sudu makan shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam adunan atau masa menggoreng.
7. Sudukan inti dengan secukupnya dan gulung dengan kemas. Ulang langkah hingga doh habis.
BAHAN INTI SARDIN
1 tin besar sardin
1/2 labu bawang besar – dadu
2 biji bawang putih – cincang
Cili padi/besar-optional
2 sudu makan cili giling-optional
Gula & garam secukup rasa
Perahan limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sedikit sahaja nanti berminyak susah nak untuk letak di doh)
Tambah cili giling dan tumis sampai cili giling separa garing.
Masukkan sardin dan pecah-pecahkan.
Tambah garam, gula secukup rasa dan akhir sekali perahkan limau nipis.
Masak sampai kering. Angkat inti dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum digulung dalam doh.
Hasil Sardin Roll: lebih kurang 48 biji
Tip: Untuk frozen bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180’C/ 10minit. Jika hendak goreng sekejappun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.