Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap & Lembut Untuk Minum Petang

Share

Bila tiba waktu minum petang, pastinya kuih muih tradisi yang menjadi pilihan. Salah satu yang mudah adalah Kuih Lopes Sagu / Kuih Sagu ni. Bahan tak banyak dan cara nak masaknya pun sangat mudah. Sesuai dijadikan sajian pada bila-bila masa. Bagi anda yang nak cuba buat kuih ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

RESIPI KUIH LOPES SAGU PALING MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula, pandan dan sirap ros. Masak sehingga mendidih.

2. Masukkan sagu dan kacau rata.

3. Apabila rebusan sagu sudah agak pekat, keluarkan pandan. Kemudian tuang sagu ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. (beli PERIUK KUKUSAN disini)

4. Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu menjadi jernih. Angkat sejukkan.

5. Potong sagu dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

6. Lopes Sagu siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur