Kuih Nekbat menjadi menu buruan ramai di negeri Pantai Timur terutama ketika bulan Ramadan. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Enak jika dinikmati sejuk. Jomlah kita buat kuih Nekbat mengikut resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred A
CARA MEMBUAT:
1. Pukul telur sampai kembang. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit.
2. Masukkan esen vanilla dan pewarna. Panaskan oven dan acuan. Sapukan minyak pada acuan.
3. Apabila sudah panas, masukkan tepung ke dalam acuan.
4. Bakar dalam 10 ke 12 minit. Gunakan suhu 180C ( bergantung pada oven masing-masing) dan gunakan api atas dan bawah.
CARA HIDANG:
1. Masakkan air gula bersama daun pandan dan cengkih sampai mendidih (boleh letak warna kuning sikit dalam air gula).
2. Masukkan Nekbat. Tunggu sampai nekbat kembang sedikit (ikut cita rasa masing-masing).
3. Masukkan dalam peti sejuk. Enak di makan ketika sejuk.
Sumber kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official